LAGI AMARAN DARIPADA PIHAK POLIS YANG AKAN DIKETAWAKAN DAN DICABAR OLEH PENYOKONG ANWAR IBRAHIM!

Friday 7 November 2014

KENYATAAN AKHBAR PEMANGKU TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA BERHUBUNG AMARAN POLIS KEPADA ORANG AWAM YANG HADIR SEMASA KEPUTUSAN RAYUAN KES DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Orang awam diseru untuk menghormati proses undang-undang dan keadilan yang diamalkan di negara ini. Ianya dapat dilihat dalam konsep kedaulatan undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam rukun negara.

Sehubungan itu, orang awam diminta untuk memberi kerjasama kepada pihak mahkamah dalam membuat keputusan, bagi memberi keadilan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam rayuan kes melibatkan DSAI yang sedang berjalan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Mereka diminta agar bertenang dan menerima apa-apa jua keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah kelak. Mereka juga dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan di tangan sendiri yang menyalahi undang-undang, sekiranya tidak berpuashati dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah, sebarang tindakan yang diambil bagi menunjukkan protes dengan melakukan perarakan, kekacauan , rusuhan, atau pecah keamanan bagi menghalang proses undang-undang berjalan merupakan satu kesalahan jenayah. Tindakan ini perlu dielakkan sama sekali.

Bagi menentukan keselamatan dan ketenteraman awam dapat dikekalkan, pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sebagaimana yang digariskan mengikut prosedur serta undang-undang yang sedia ada bagi menentukan proses undang-undang dapat berjalan dengan adil dan teratur demi menjamin keamanan berterusan.

DATO’ SERI MOHAMAD FUZI BIN HARUN, CP
CP PENGARAH PENGURUSAN
MERANGKAP
PEMANGKU TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
POLIS DIRAJA MALAYSIA

NOTA:

Amaran demi amaran yang diberikan oleh pihak polis, sebenarnya tidak menakutkan atau menghalang golongan anarkis daripada mencabar kedaulatan dan penguatkuasaan undang-undang. Apatah lagi, dalam beberapa kes, mahkamah sendiri telah membebaskan golongan tersebut dengan pelbagai alasan dari segi perundangan untuk menghalalkan perbuatan mereka. 

Terbaru ialah apabila Mahkamah Tinggi memutuskan untuk menolak rayuan bersabit pembebasan Nik Nazmi daripada dakwaan membuat perhimpunan haram Black 505 di Kelana Jaya. Alasan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi ialah, mereka tidak boleh memansuhkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan sebelum itu. (BACA SINI)

Antara panel Hakim Mahkamah Rayuan yang membebaskan Nik Nazmi daripada dikenakan hukuman berdasarkan undang-undang adalah Mohd Arif Mohd Yusuf yang merupakan bekas calon PAS untuk Kota Damansara pada tahun 2004. Banyak pengadilannya melibatkan beberapa kes Pakatan menentang Kerajaan atau pro-Kerajan akan berakhir dengan keputusan kemenangan untuk Pakatan. (BACA SINI)

Dalam kes Nik Nazmi, Mohd Arif Mohd Yusuf adalah salah seorang daripada tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan membebaskannya. 

Sepanjang 8 hari prosiding rayuan Anwar Ibrahim, para penyokongnya cuba melakukan provokasi ke atas pihak berkuasa dan orang awam. Bagaimanapun, jumlah mereka yang tidak ramai, membuatkan provokasi yang dibuat, tidak menjadi.

Hari pertama dan kedua, Tian Chua memimpin kumpulan kecil penyokong Anwar Ibrahim untuk membuat rempuhan pagar. Begitu juga dengan sekumpulan penyokong India yang diketuai oleh S.Jayatas, turut melakukan perkara yang sama.

Walaupun semalam, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan tentang orang buruan membabitkan demonstrasi tersebut, tetapi sehingga kini, belum ada tangkapan lagi. Dan sekalipun ditangkap, rekod-rekod mahkamah pula menunjukkan peluang untuk mereka bebas, amat tinggi sekaligus menjadikan amaran-amaran yang dibuat oleh PDRM, sekadar satu bahan lelucon. 

0 comments:

Post a Comment

LAGI AMARAN DARIPADA PIHAK POLIS YANG AKAN DIKETAWAKAN DAN DICABAR OLEH PENYOKONG ANWAR IBRAHIM!

Friday 7 November 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks