5 PEMBULI ANAK YATIM JEJAWI PERLIS, DIHADAPKAN KE MAHKAMAH JUVANA PAGI TADI

Friday, 7 November 2014

Inilah wajah adik Noor Azhar bin Saad mangsa buli di asrama anak yatim jejawi Perlis. Yang comel di sebelah beliau adalah adiknya. Semoga adik ini dapat meneruskan kehidupan normal seperti biasa, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat, Insya-Allah. (SUMBER)

BERITANYA:


Lima pelajar mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar pada Khamis atas tuduhan merusuh sehingga menyebabkan seorang rakan mereka tercedera.

Seorang lagi tertuduh, tidak hadir pada prosiding itu.

Kesemua tertuduh yang berumur 13 hingga 15 tahun itu didakwa dalam satu kumpulan mendatangkan kecederaan kepada Noor Azhar Saad, 11 tahun, antara 1 tengah hari pada 31 Mei dan 2 petang, 1 Jun di asrama anak yatim, Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, Jejawi, dekat sini.

Kesemua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bercakap kepada pemberita Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Mohamad Sabri berkata Majistret Norhayati Ibrahim menetapkan masing-masing diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Disember untuk menjatuhkan hukuman.

Syazwani berkata seorang lagi tertuduh yang tidak hadir akan didakwa kemudian.

Kesemua remaja itu tidak diwakili peguam manakala peguam Razairul Hafiz Md Razib bertindak sebagai peguam pemerhati.

Kejadian buli terhadap Noor Azhar dirakam dan dimuat naik dalam Facebook serta media sosial baru-baru ini sehingga mendapat simpati orang ramai terhadap mangsa. (SUMBER)

1 comment:

  1. patut hukum sebat dan dimasukan penjara jer budak2 macam ni. walau bukan anak aku yang kena....menggigil aku melihat perbuatan mereka. siapalah mak ayah budak2 ni.

    ReplyDelete

5 PEMBULI ANAK YATIM JEJAWI PERLIS, DIHADAPKAN KE MAHKAMAH JUVANA PAGI TADI

Friday, 7 November 2014 ·

Inilah wajah adik Noor Azhar bin Saad mangsa buli di asrama anak yatim jejawi Perlis. Yang comel di sebelah beliau adalah adiknya. Semoga adik ini dapat meneruskan kehidupan normal seperti biasa, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat, Insya-Allah. (SUMBER)

BERITANYA:


Lima pelajar mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar pada Khamis atas tuduhan merusuh sehingga menyebabkan seorang rakan mereka tercedera.

Seorang lagi tertuduh, tidak hadir pada prosiding itu.

Kesemua tertuduh yang berumur 13 hingga 15 tahun itu didakwa dalam satu kumpulan mendatangkan kecederaan kepada Noor Azhar Saad, 11 tahun, antara 1 tengah hari pada 31 Mei dan 2 petang, 1 Jun di asrama anak yatim, Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, Jejawi, dekat sini.

Kesemua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bercakap kepada pemberita Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Mohamad Sabri berkata Majistret Norhayati Ibrahim menetapkan masing-masing diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Disember untuk menjatuhkan hukuman.

Syazwani berkata seorang lagi tertuduh yang tidak hadir akan didakwa kemudian.

Kesemua remaja itu tidak diwakili peguam manakala peguam Razairul Hafiz Md Razib bertindak sebagai peguam pemerhati.

Kejadian buli terhadap Noor Azhar dirakam dan dimuat naik dalam Facebook serta media sosial baru-baru ini sehingga mendapat simpati orang ramai terhadap mangsa. (SUMBER)

1 comments:

Anonymous said...
7 November 2014 at 20:34  

patut hukum sebat dan dimasukan penjara jer budak2 macam ni. walau bukan anak aku yang kena....menggigil aku melihat perbuatan mereka. siapalah mak ayah budak2 ni.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks