KHALID IBRAHIM DIDESAK LEPASKAN JAWATAN AHLI PARLIMEN DAN ADUN OLEH PKR!

Monday 3 November 2014


Selepas dua bulan melepaskan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa dirinya diganggu ahli PKR Cabang Bandar Tun Razak yang dikatakan mendesaknya supaya melepaskan kerusi Parlimen itu.

Pegawai Khas kepada Abdul Khalid, Faekah Husin dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, timbul tohmahan terbaru oleh ahli cabang berkenaan yang kelihatan ghairah mahu menyingkirkan beliau.Faekah bagaimanapun tidak mendedahkan bentuk tohmahan yang dilemparkan terhadap Abdul Khalid dalam kenyataannya itu.

“Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada Abdul Khalid melepaskan jawatan menteri besar Selangor?” katanya.

Dalam kenyataan sama, Faekah turut menempelak Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang dianggap tidak segan silu mengumumkan penstrukturan semula air perlu disegerakan selain menyalahkan kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses berkenaan.

New Malaysian Post

0 comments:

Post a Comment

KHALID IBRAHIM DIDESAK LEPASKAN JAWATAN AHLI PARLIMEN DAN ADUN OLEH PKR!

Monday 3 November 2014 ·


Selepas dua bulan melepaskan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa dirinya diganggu ahli PKR Cabang Bandar Tun Razak yang dikatakan mendesaknya supaya melepaskan kerusi Parlimen itu.

Pegawai Khas kepada Abdul Khalid, Faekah Husin dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, timbul tohmahan terbaru oleh ahli cabang berkenaan yang kelihatan ghairah mahu menyingkirkan beliau.Faekah bagaimanapun tidak mendedahkan bentuk tohmahan yang dilemparkan terhadap Abdul Khalid dalam kenyataannya itu.

“Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada Abdul Khalid melepaskan jawatan menteri besar Selangor?” katanya.

Dalam kenyataan sama, Faekah turut menempelak Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang dianggap tidak segan silu mengumumkan penstrukturan semula air perlu disegerakan selain menyalahkan kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses berkenaan.

New Malaysian Post

0 comments:

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks