IBU SUSPEK CURI MOTOR YANG DIBELASAH DAN DIBOGELKAN KESAL DENGAN TINDAKAN 'RAKYAT HAKIM NEGARA'!

Friday, 7 November 2014


BACHOK, 7 November:

Ibu seorang remaja lelaki yang dibogelkan, selepas ditangkap kerana dikatakan cuba mencuri sebuah motosikal di perkarangan Masjid Pauh Lima, Kota Bharu, Selasa lalu, kecewa dengan tindakan orang ramai yang sanggup memperlakukan anaknya sedemikian rupa.

Ibu berusia 38 tahun itu berkata, meskipun anaknya yang berusia 15 tahun bersalah, orang ramai tidak mempunyai hak untuk menghukum anaknya seperti itu.

“Kalau mereka pukul, saya boleh terima, tetapi bila orang ramai bogelkan dia, memang itu perkara yang memalukan kami sekeluarga.

“Luluh hati seorang ibu, apabila melihat anak diperlakukan begitu. Biarpun dia bersalah, masih ada banyak cara untuk menghukumnya,” katanya ketika diminta mengulas kejadian yang menimpa anaknya.

Jelasnya, perkara itu juga bertentangan ajaran Islam.


“Ia berlaku di masjid, sepatutnya ada yang melarang (perbuatan membogelkan remaja itu) dan tidak menyebarkan gambarnya di laman sosial, kerana berdosa membuka aib orang lain.

“Saya dapat tahu perkara ini melalui laman sosial Facebook dan bila lihat, saya terus cam yang itu anak saya. Apa yang saya lebih kesal adalah tindakan orang ramai yang membogelkan anak saya,” katanya.

Dia turut menyeru orang ramai berhenti menyebarkan gambar anaknya di laman sosial, kerana ia perkara memalukan.

“Saya harap orang berhenti menyebarkan gambar dia dan sekiranya ada, mereka harus ‘delete’ gambar itu dengan segera, kerana ia memalukan,” katanya.

Setakat ini, wanita itu masih belum membuat laporan mengenai tindakan orang ramai membogelkan anaknya, dan dia akan berbuat demikian selepas berjumpa anaknya nanti.

Sementara itu, Ibrahim Ahmad, 69 tahun, yang merupakan Imam Masjid Pauh Lima berkata, beliau dan beberapa jemaah lain terkejut dengan tindakan orang ramai yang membogelkan remaja itu.

“Saya keluar lambat selepas selesai solat Isyak, dan tak sangka orang ramai bogelkan remaja itu dan saya tak tahu siapa yang lakukan.

“Kami dah cuba halang, tetapi tidak berjaya, kerana ramai orang yang berada ketika kejadian itu, dan saya kesal dengan tindakan itu,” katanya.

Semalam, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam menegah umatnya membuka keaiban seseorang, walaupun orang itu melakukan kesalahan.

“Kita tak boleh mengambil tindakan sendiri yang menyimpang daripada undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata,” katanya.

Mengulas kes sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, orang awam yang berjaya menangkap mana-mana individu disyaki melakukan jenayah, dilarang mengambil tindakan sendiri yang melanggar undang-undang.

Sebaliknya, beliau berkata, orang awam perlu segera menyerahkan individu yang ditahan itu kepada pihak polis.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai insiden itu dan remaja berkenaan kini direman empat hari, bermula Rabu untuk siasatan lanjut.

“Suspek kedua masih belum ditangkap dan kita masih menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mazlan berkata, insiden bogel itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, kerana mencederakan, yang boleh membawa hukuman penjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Katanya, kes itu turut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, kerana mengaibkan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

5 comments:

  1. Rakyat Hakim Negara. Banyak juga masalah di negeri Serambi Mekah. Indah khabar dari rupa.

    ReplyDelete
  2. imam pun tak bole buat apa2 ni mesti salah umno hahahaha

    ReplyDelete
  3. Ahaiiiiii...omak..anak mencuri tak aib, anak bogel aib...apa punya omakkk ahaiii

    ReplyDelete
  4. bila berlaku kes2 sebegini, kita tak boleh serahkan pada polis sebab kebanyakan polis ni anjing kerajaan. serah pada mahkamah pun tak boleh sebab banyak hakim2 kartun makan rasuah. kita tak pasti apa nasib budak yg curik motor ni kalau diserahkan pada mereka. jadi kita mesti berterima kasih kepada anwar kerana memberi tauliah dan melantik ramai hakim2 negara yg di luar sana. urusan2 sebegini memang sepatutnya diserahkan pada PPS, unit amal PAS, unit AMK dan macam2 lagi. baru keadilan dapat ditegakkan.

    tak tau apa akan jadi kat malaysia ni kalau anwar tak ada. kalau takada pakatan rakyat, mungkin sampai bila2 kristian tak boleh guna nama Allah. kalau tak ada PAS, mungkin SIS dah lama kena tendang dalam jel,, takadalah LGBT, takadalah pluralisme, tak adalah islam liberal. kalau ada Hasan Ali dalam PAS, entah sampai bila agaknya shah alam boleh jual arak. terima kasih rakyat hakim negara. terima kasih pakatan. we love you. syukur! takebir!

    ReplyDelete
  5. Bila dah jadi begini rindu pulak pada KETUM. Jika KETUM dah tiada siapalah pula nak bela LGBT jika kena bogel macam budak ni.

    Jika KETUM ada sekurang2nya boleh juga dia tampal buntot dari terdedah kepada totonan ramai.

    Aduhai KETUM!!!.. mana kau.

    ReplyDelete

IBU SUSPEK CURI MOTOR YANG DIBELASAH DAN DIBOGELKAN KESAL DENGAN TINDAKAN 'RAKYAT HAKIM NEGARA'!

Friday, 7 November 2014 ·


BACHOK, 7 November:

Ibu seorang remaja lelaki yang dibogelkan, selepas ditangkap kerana dikatakan cuba mencuri sebuah motosikal di perkarangan Masjid Pauh Lima, Kota Bharu, Selasa lalu, kecewa dengan tindakan orang ramai yang sanggup memperlakukan anaknya sedemikian rupa.

Ibu berusia 38 tahun itu berkata, meskipun anaknya yang berusia 15 tahun bersalah, orang ramai tidak mempunyai hak untuk menghukum anaknya seperti itu.

“Kalau mereka pukul, saya boleh terima, tetapi bila orang ramai bogelkan dia, memang itu perkara yang memalukan kami sekeluarga.

“Luluh hati seorang ibu, apabila melihat anak diperlakukan begitu. Biarpun dia bersalah, masih ada banyak cara untuk menghukumnya,” katanya ketika diminta mengulas kejadian yang menimpa anaknya.

Jelasnya, perkara itu juga bertentangan ajaran Islam.


“Ia berlaku di masjid, sepatutnya ada yang melarang (perbuatan membogelkan remaja itu) dan tidak menyebarkan gambarnya di laman sosial, kerana berdosa membuka aib orang lain.

“Saya dapat tahu perkara ini melalui laman sosial Facebook dan bila lihat, saya terus cam yang itu anak saya. Apa yang saya lebih kesal adalah tindakan orang ramai yang membogelkan anak saya,” katanya.

Dia turut menyeru orang ramai berhenti menyebarkan gambar anaknya di laman sosial, kerana ia perkara memalukan.

“Saya harap orang berhenti menyebarkan gambar dia dan sekiranya ada, mereka harus ‘delete’ gambar itu dengan segera, kerana ia memalukan,” katanya.

Setakat ini, wanita itu masih belum membuat laporan mengenai tindakan orang ramai membogelkan anaknya, dan dia akan berbuat demikian selepas berjumpa anaknya nanti.

Sementara itu, Ibrahim Ahmad, 69 tahun, yang merupakan Imam Masjid Pauh Lima berkata, beliau dan beberapa jemaah lain terkejut dengan tindakan orang ramai yang membogelkan remaja itu.

“Saya keluar lambat selepas selesai solat Isyak, dan tak sangka orang ramai bogelkan remaja itu dan saya tak tahu siapa yang lakukan.

“Kami dah cuba halang, tetapi tidak berjaya, kerana ramai orang yang berada ketika kejadian itu, dan saya kesal dengan tindakan itu,” katanya.

Semalam, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam menegah umatnya membuka keaiban seseorang, walaupun orang itu melakukan kesalahan.

“Kita tak boleh mengambil tindakan sendiri yang menyimpang daripada undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata,” katanya.

Mengulas kes sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, orang awam yang berjaya menangkap mana-mana individu disyaki melakukan jenayah, dilarang mengambil tindakan sendiri yang melanggar undang-undang.

Sebaliknya, beliau berkata, orang awam perlu segera menyerahkan individu yang ditahan itu kepada pihak polis.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai insiden itu dan remaja berkenaan kini direman empat hari, bermula Rabu untuk siasatan lanjut.

“Suspek kedua masih belum ditangkap dan kita masih menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mazlan berkata, insiden bogel itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, kerana mencederakan, yang boleh membawa hukuman penjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Katanya, kes itu turut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, kerana mengaibkan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

5 comments:

Anonymous said...
7 November 2014 at 18:13  

Rakyat Hakim Negara. Banyak juga masalah di negeri Serambi Mekah. Indah khabar dari rupa.

Unknown said...
7 November 2014 at 19:17  

imam pun tak bole buat apa2 ni mesti salah umno hahahaha

Anonymous said...
7 November 2014 at 19:27  

Ahaiiiiii...omak..anak mencuri tak aib, anak bogel aib...apa punya omakkk ahaiii

wan jamak said...
7 November 2014 at 19:30  

bila berlaku kes2 sebegini, kita tak boleh serahkan pada polis sebab kebanyakan polis ni anjing kerajaan. serah pada mahkamah pun tak boleh sebab banyak hakim2 kartun makan rasuah. kita tak pasti apa nasib budak yg curik motor ni kalau diserahkan pada mereka. jadi kita mesti berterima kasih kepada anwar kerana memberi tauliah dan melantik ramai hakim2 negara yg di luar sana. urusan2 sebegini memang sepatutnya diserahkan pada PPS, unit amal PAS, unit AMK dan macam2 lagi. baru keadilan dapat ditegakkan.

tak tau apa akan jadi kat malaysia ni kalau anwar tak ada. kalau takada pakatan rakyat, mungkin sampai bila2 kristian tak boleh guna nama Allah. kalau tak ada PAS, mungkin SIS dah lama kena tendang dalam jel,, takadalah LGBT, takadalah pluralisme, tak adalah islam liberal. kalau ada Hasan Ali dalam PAS, entah sampai bila agaknya shah alam boleh jual arak. terima kasih rakyat hakim negara. terima kasih pakatan. we love you. syukur! takebir!

Anonymous said...
15 November 2014 at 22:06  

Bila dah jadi begini rindu pulak pada KETUM. Jika KETUM dah tiada siapalah pula nak bela LGBT jika kena bogel macam budak ni.

Jika KETUM ada sekurang2nya boleh juga dia tampal buntot dari terdedah kepada totonan ramai.

Aduhai KETUM!!!.. mana kau.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks