(VIDEO) LIM GUAN ENG BERBOHONG LAGI... BELUM ADA SEBIJI RUMAH PUN DIBINA KERAJAAN NEGERI DAP PULAU PINANG LER!!!

Sunday 9 November 2014

Kenyataan Media
Dato' Zainal Abidin Osman
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang
Ahad, 9 November 2014

Merujuk kepada kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pada Khamis 6 November 2014 dan Ucapan YB Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa di Sidang DUN Pulau Pinang pada 7 November 2014.

Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang telah mengakui bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membina rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah sejak 2008 semasa menjawab soalan YB Ketua Pembangkang di Sidang DUN pada 7 November lalu. YB Exco Perumahan hanya menjelaskan Kerajaan Negeri masih dalam proses memperincikan perancangan projek perumahan Kos Rendah.

Sejak mengambil alih Kerajaan Negeri pada 2008, Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya menumpu kepada penjualan tanah-tanah milik Kerajaan Negeri.

Pada 2011, Kerajaan Negeri melalui CMI dan PDC telah menjual 102 ekar tanah kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd pada harga RM1.07 billion di mana bayaran pembelian perlu dijelaskan oleh Ivory dalam tempoh 60 bulan.

Sehingga penghujung tahun 2014, Kerajaan Negeri telah menjual seluas 785 ekar tanah di Batu Kawan kepada beberapa pemaju swasta dengan harga jualan terkumpul berjumlah RM1.636 billion. Butiran penjualan adalah seperti berikut:

Pada 12 Oktober 2013, PDC menandatangani perjanjian PDA dengan PE Land Sdn Bhd untuk tanah seluas 39.54 ekar pada harga jualan RM65.34 juta (RM 37.94/kps) bagi tujuan pembinaan "premium retail outlet", hotel mewah dan lain-lain.

Pada 10 Januari 2014, Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian penjualan tanah seluas 245 ekar kepada Aspen Land Sdn Bhd dengan harga RM483,951,600 (RM 45.34/ kps) bagi tujuan pembinaan pusat membeli belah dan pembangunan bercampur. Aspen juga diberikan tempoh 60 bulan untuk menjelaskan harga pembelian tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri.

Pada 25 Mac 2014, PDC menandatangani perjanjian penjualan tanah seluas 30 ekar dengan Paramount Corp Berhad pada harga jualan berjumlah RM65.56 juta (RM40.50/ kps untuk pembinaan kolej swasta dan RM55.00/kps untuk pembangunan bercampur).

Pada 15 September 2014 Eco World Development Group Berhad dilaporkan bersetuju menerima tawaran PDC untuk membeli seluas 470 ekar tanah milik PDC di Batu Kawan pada harga RM1.02 billion bagi tujuan pembinaan padang dan kelab golf (150 ekar) manakala selebihnya bagi tujuan pembangunan bercampur.

Tanah-tanah milik PDC adalah tanah-tanah yang diperolehi kerajaan melalui proses pengambilan balik tanah atau tebus guna laut; kedua-duanya turut melibatkan penggunaan dana awam.

Pada 8 Februari 1991, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa itu telah mewartakan Batu Kawan Estate di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960. Keseluruhan tanah estet Batu Kawan seluas 5,260 ekar telah diambil balik oleh kerajaanNegeri melalui Pentadbir Tanah Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Selatan dengan bayaran pampasan berjumlah RM53,197,974 atau bersamaan RM 8,167 seekar.

Batu Kawan Estate telah membawa kes hingga ke Mahkamah Persekutan kerana tidak bersetuju dengan bayaran pampasan yang diberikan. Namun begitu pada 2001, Batu Kawan Estate telah bersetuju untuk menerima pampasan berjumlah RM15,000 seekar (34 sen sekaki persegi) setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan bayaran pada kadar tersebut adalah berpatutan.

Adalah jelas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat keuntungan besar dalam penjualan tanah yang diperoleh melalui pengambilan balik tanah kepada syarikat-syarikat pemaju swasta. Oleh kerana harga pemerolehan tanah yang tinggi, pemaju-pemaju swasta akan membina dan menawarkan rumah-rumah pada harga yang lebih tinggi untuk memastikan keuntungan operasi syarikat. Mengikut maklumat diperolehi, pemaju di Bayan Mutiara menawarkan unit apartment dengan keluasan 455 kaki persegi pada harga RM 200,000 seunit.

Kerajaan Negeri seringkali bermegah dengan peruntukan RM500 juta kepada PDC hasil penjualan tanah milik kerajaan negeri untuk Projek Rumah Mampu Milik yang sedang dirancang untuk dibina. PERDA dan JKP Sdn Bhd juga menggunakan laba dari jualan rumah untuk tujuan pemajuan rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah pada masa hadapan. Sebagai agensi Persekutuan atau GLC yang terlibat dalam penyediaan perumahan untuk Bumiputera, PERDA dan JKP Sdn Bhd juga perlu memastikan kedua-dua agensi berkenaan terus berdaya maju dan berdaya saing dan mencegah dari menanggung kerugian dalam operasi.

Keuntungan RM149 juta yang sering di bangkitkan oleh YAB Ketua Menteri adalah anggaran keuntungan untuk 15 projek terkumpul. Keuntungan sebenar akan lebih kecil dari anggaran keuntungan sekarang bilamana berlaku kenaikan kos pembinaan pada masa hadapan dan pemberian diskaun kepada pembeli-pembeli. Adalah tidak wajar untuk membuat kesimpulan PERDA dan JKP Sdn membuat keuntungan besar melalui projek-projek yang dicadangkan berdasarkan anggaran keuntungan dan menjadikannya sebahagian alasan untuk tidak meluluskan pelan pembangunan yang di pohon. Jangkaan keuntungan 15 projek sebanyak RM149 juta adalah kecil dan munasabah berbanding dengan keuntungan berbilion billion ringgit melalui penjualan tanah-tanah oleh kerajaan negeri yang diperolehi dengan harga 34 sen sekaki persegi.

PERDA bersedia merombak komposisi komponen perumahan yang dicadangkan dalam permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang terdahulu untuk memenuhi kehendak Pihak Berkuasa sekiranya tidak menyebabkan kerugian kepada PERDA. Namun begitu Pihak Berkuasa negeri perlu berlaku adil kepada PERDA dengan memberi layanan yang sama dinikmati oleh pemaju-pemaju perumahan lain yang membangunkan tanah-tanah yang dibeli daripada Kerajaan Negeri.

Beberapa hari lalu, YAB Ketua Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengalami kerugian berjumlah RM800 juta dalam membina rumah-rumah Mampu Milik. Adalah tidak jelas bagaimana dengan membina 22,545 unit rumah Mampu Milik untuk dijual kepada rakyat Pulau Pinang kerajaan negeri akan mengalami kerugian besar tersebut. Oleh itu, YAB Ketua Menteri perlu menjelaskan dengan terperinci kerugian ini kerana ia melibatkan dana awam.

Apakah oleh kerana Kerajaan Negeri tidak mahu mengalami kerugian besar maka Kerajaan Negeri tidak membina satu unit pun Rumah Kos Rendah sejak 2008? Apakah kerana PERDA dan JKP Sdn Bhd berjaya merancang dan memohon kelulusan untuk membina 2447 unit rumah Kos Rendah dan hampir 3500 unit rumah Mampu Milik menyebabkan pihak Kerajaan Negeri tidak mahu melihat projek-projek agensi-agensi Kerajaan Persekutuan berjaya?

Sehingga kini PERDA, JKP, UDA dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang lain telah membina lebih 35 ribu unit rumah kos rendah,sederhana rendah,kos sederhana,mampu milik dan lain-lain. Untuk 5 tahun akan datang agensi-agensi Kerajaan Pusat akan membina 32 ribu unit rumah lagi, termasuk lebih 9000 unit rumah yang sedang menunggu kelulusan kerajaan negeri untuk membina sejak tahun 2012.

Terima kasih.

1 comment:

  1. Pembohongan merupakan oksigen kepada kaum cina-pendita

    ReplyDelete

(VIDEO) LIM GUAN ENG BERBOHONG LAGI... BELUM ADA SEBIJI RUMAH PUN DIBINA KERAJAAN NEGERI DAP PULAU PINANG LER!!!

Sunday 9 November 2014 ·

1 comments:

Anonymous said...
9 November 2014 at 21:02  

Pembohongan merupakan oksigen kepada kaum cina-pendita

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks