DUA SITUASI HAKIM RAKYAT YANG DIBANGGA-BANGGAKAN SANGAT... GUNA UNDANG-UNDANG RIMBA!

Wednesday, 5 November 2014

Memang sakit hati apabila barangan kita dicuri. Memang seronok dapat tangkap pencuri. Dan memang seronok juga dapat membelasah pencuri yang berjaya ditangkap sehinggakan orang yang tidak berkenaan pun, turut tumpang tangan dan kaki membelasah si pencuri yang berjaya ditangkap.

Masalahnya ialah, zaman sekarang adalah zaman undang-undang. Ada pihak penguatkuasa dan ada badan perundangan yang akan menentukan bentuk serta hukuman yang setimpal dengan tuduhan dan perbuatan yang dilakukan. Orang awam tidak berhak menjatuhkan hukuman sewenang-wenangnya.

Dari Facebook:

Ada dua situasi yang menjadi perhatian pengguna di Malaysia.

Situasi pertama:


Seorang pencuri motosikal bernama Eddy telah ditangkap oleh sekumpulan penduduk kampung ketika sedang mencuri motosikal. Dia yang menyedari perbuatannya diperhatikan, cuba melarikan diri dari tempat kejadian. Bagaimanapun, orang kampung yang sudah bersedia, telah berjaya menangkapnya. Selain daripada dibelasah, dia juga dibogelkan dan dipertontonkan kepada orang kampung. Tidak cukup dengan itu, gambarnya dalam keadaan aib turut dirakamkan dan disebarkan menerusi Facebook.

Menerusi komen-komen yang boleh dilihat, remaja tersebut yang beroperasi di Masjid Pauh Lima, Bachok, Kelantan, remaja tersebut tidak sekadar mencuri motosikal, tetapi juga terlibat dalam penagihan pil kuda yang mendorongnya melakukan banyak perkara jenayah mencuri yang lain.


SITUASI KEDUA:

Seorang wanita telah dicekup ketika sedang mencuri di sebuah surau RnR PLUS. Dia bukan sahaja dimalukan dengan penyerkupan tong sampah atas kepalanya, tetapi juga turut ditampar dan ditumbuk oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Yang pasti, wanita tersebut ditangkap ketika mencuri di surau wanita RnR berkenaan, bukannya di surau lelaki yang lebih terbuka. Dan kebiasaannya juga, surau lelaki dan wanita di RnR yang disediakan oleh pihak PLUS tidak terletak bersebelahan sebaliknya berasingan.

Ada orang yang cuba menjadi hakim rakyat dan sekalipun wanita tersebut mengaku pembawa kad yang mengesahkan dia menghadapi tekanan jiwa, orang awam lebih berminat dengan cerita versi mereka sendiri.

KESIMPULAN: 

Membantu pihak polis menangkap penjenayah, memang bagus. Tetapi apabila penangkapan tersebut turut diselangi dengan perbuatan jenayah, ia adalah satu kesalahan. Bagaimana sekiranya si penjenayah yang ditangkap itu mati ketika dibelasah oleh orang ramai? Bukankah kejadian sebegini pernah berlaku dan akhirnya si penangkap penjenayah pula yang menerima akibat daripada perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku.

Jangan kita ikut sangat kata hati dan perasaan marah kerana akibatnya kita pula yang menanggung!

3 comments:

  1. tak ada dalam hukum hudud hukum telanjang. ni hudud mana ni......

    ReplyDelete
  2. hudud pkr...rakyat hakim negara....

    ReplyDelete
  3. Rakyat hakim negara kah...kah...kah...
    Sekolah setakat darjah 6... boleh jadi hakim...
    kah...kah...kah...
    SRP/PMR/SPM tak lulus... boleh jadi hakim...
    kah...kah...kah...
    Dasar macai PKR/DAP/PAS

    ReplyDelete

DUA SITUASI HAKIM RAKYAT YANG DIBANGGA-BANGGAKAN SANGAT... GUNA UNDANG-UNDANG RIMBA!

Wednesday, 5 November 2014 ·

Memang sakit hati apabila barangan kita dicuri. Memang seronok dapat tangkap pencuri. Dan memang seronok juga dapat membelasah pencuri yang berjaya ditangkap sehinggakan orang yang tidak berkenaan pun, turut tumpang tangan dan kaki membelasah si pencuri yang berjaya ditangkap.

Masalahnya ialah, zaman sekarang adalah zaman undang-undang. Ada pihak penguatkuasa dan ada badan perundangan yang akan menentukan bentuk serta hukuman yang setimpal dengan tuduhan dan perbuatan yang dilakukan. Orang awam tidak berhak menjatuhkan hukuman sewenang-wenangnya.

Dari Facebook:

Ada dua situasi yang menjadi perhatian pengguna di Malaysia.

Situasi pertama:


Seorang pencuri motosikal bernama Eddy telah ditangkap oleh sekumpulan penduduk kampung ketika sedang mencuri motosikal. Dia yang menyedari perbuatannya diperhatikan, cuba melarikan diri dari tempat kejadian. Bagaimanapun, orang kampung yang sudah bersedia, telah berjaya menangkapnya. Selain daripada dibelasah, dia juga dibogelkan dan dipertontonkan kepada orang kampung. Tidak cukup dengan itu, gambarnya dalam keadaan aib turut dirakamkan dan disebarkan menerusi Facebook.

Menerusi komen-komen yang boleh dilihat, remaja tersebut yang beroperasi di Masjid Pauh Lima, Bachok, Kelantan, remaja tersebut tidak sekadar mencuri motosikal, tetapi juga terlibat dalam penagihan pil kuda yang mendorongnya melakukan banyak perkara jenayah mencuri yang lain.


SITUASI KEDUA:

Seorang wanita telah dicekup ketika sedang mencuri di sebuah surau RnR PLUS. Dia bukan sahaja dimalukan dengan penyerkupan tong sampah atas kepalanya, tetapi juga turut ditampar dan ditumbuk oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Yang pasti, wanita tersebut ditangkap ketika mencuri di surau wanita RnR berkenaan, bukannya di surau lelaki yang lebih terbuka. Dan kebiasaannya juga, surau lelaki dan wanita di RnR yang disediakan oleh pihak PLUS tidak terletak bersebelahan sebaliknya berasingan.

Ada orang yang cuba menjadi hakim rakyat dan sekalipun wanita tersebut mengaku pembawa kad yang mengesahkan dia menghadapi tekanan jiwa, orang awam lebih berminat dengan cerita versi mereka sendiri.

KESIMPULAN: 

Membantu pihak polis menangkap penjenayah, memang bagus. Tetapi apabila penangkapan tersebut turut diselangi dengan perbuatan jenayah, ia adalah satu kesalahan. Bagaimana sekiranya si penjenayah yang ditangkap itu mati ketika dibelasah oleh orang ramai? Bukankah kejadian sebegini pernah berlaku dan akhirnya si penangkap penjenayah pula yang menerima akibat daripada perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku.

Jangan kita ikut sangat kata hati dan perasaan marah kerana akibatnya kita pula yang menanggung!

3 comments:

Anonymous said...
5 November 2014 at 15:40  

tak ada dalam hukum hudud hukum telanjang. ni hudud mana ni......

Anonymous said...
5 November 2014 at 15:54  

hudud pkr...rakyat hakim negara....

Anonymous said...
5 November 2014 at 16:25  

Rakyat hakim negara kah...kah...kah...
Sekolah setakat darjah 6... boleh jadi hakim...
kah...kah...kah...
SRP/PMR/SPM tak lulus... boleh jadi hakim...
kah...kah...kah...
Dasar macai PKR/DAP/PAS

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks