POLIS PERAK JAMIN TINDAKAN TEGAS TERHADAP PERKAMPUNGAN MAFIA DI KUALA SEPETANG

Tuesday 4 November 2014

Polis Perak memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan jenayah dan penyelewengan di kawasan Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga.

Pemangku Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam bagaimanapun berkata,
keadaan keselamatan di kawasan berkenaan adalah terkawal dengan polis sentiasa
melakukan pemantauan rapi di samping meningkatkan kawalan dan rondaan.

"Kita tidak menafikan wujudnya kegiatan jenayah seperti kecurian, perjudian
atau penyeludupan tetapi tidaklah sampai wujudnya mafia di kawasan itu," katanya.


Beliau berkata, perbincangan telah diadakan antara Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dengan agensi kerajaan lain seperti Pejabat Daerah, Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan dan Jabatan Perhutanan bagi bekerjasama mengendali operasi pencegahan di kawasan tersebut.

"Perbincangan itu lebih menjurus kepada langkah-langkah pencegahan dan
meningkatkan operasi oleh jabatan masing-masing selain operasi bersepadu yang
dilakukan PDRM," katanya. - BERNAMA

1 comment:

  1. Jika betul nak ambil tindakan siasat dahulu siapa dalang nya yg melibdungi mereka ini, tidak terkecuali ahli politik atau pegawai pemguatkuasa khusus nya seluruh oasukan polis daerah karut matang , jerana jika jujur utk laksanakan undang2 penyiasat boleh duduk di kedai kopi dan dengar lah bualan orang awam yg sentiasa bercakap tentbanf oenglibatan pegawai kanan polus dari ketua nta hingga lah ke prebetnyam adakah kon atau kpp berani ambil tindak terhdp anggota sendiri, jgn cuma hangat2 tahi ayam sagaja.

    ReplyDelete

POLIS PERAK JAMIN TINDAKAN TEGAS TERHADAP PERKAMPUNGAN MAFIA DI KUALA SEPETANG

Tuesday 4 November 2014 ·

Polis Perak memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan jenayah dan penyelewengan di kawasan Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga.

Pemangku Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam bagaimanapun berkata,
keadaan keselamatan di kawasan berkenaan adalah terkawal dengan polis sentiasa
melakukan pemantauan rapi di samping meningkatkan kawalan dan rondaan.

"Kita tidak menafikan wujudnya kegiatan jenayah seperti kecurian, perjudian
atau penyeludupan tetapi tidaklah sampai wujudnya mafia di kawasan itu," katanya.


Beliau berkata, perbincangan telah diadakan antara Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dengan agensi kerajaan lain seperti Pejabat Daerah, Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan dan Jabatan Perhutanan bagi bekerjasama mengendali operasi pencegahan di kawasan tersebut.

"Perbincangan itu lebih menjurus kepada langkah-langkah pencegahan dan
meningkatkan operasi oleh jabatan masing-masing selain operasi bersepadu yang
dilakukan PDRM," katanya. - BERNAMA

1 comments:

Anonymous said...
9 November 2014 at 14:07  

Jika betul nak ambil tindakan siasat dahulu siapa dalang nya yg melibdungi mereka ini, tidak terkecuali ahli politik atau pegawai pemguatkuasa khusus nya seluruh oasukan polis daerah karut matang , jerana jika jujur utk laksanakan undang2 penyiasat boleh duduk di kedai kopi dan dengar lah bualan orang awam yg sentiasa bercakap tentbanf oenglibatan pegawai kanan polus dari ketua nta hingga lah ke prebetnyam adakah kon atau kpp berani ambil tindak terhdp anggota sendiri, jgn cuma hangat2 tahi ayam sagaja.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks