ADAKAH KENDERAAN KETUA PENGARAH JPJ TERKECUALI DARIPADA UNDANG-UNDANG YANG DIKUATKUASAKAN SEKARANG?

Sunday 9 November 2014



Sekarang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menjalankan operasi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan membabitkan lampu, nombor pendaftaran dan cermin gelap. Ramai yang kena dan ramai yang terkena. Ramai yang tidak berpuas hati dan ramai juga yang merasakan, JPJ tidak bersikap adil kerana kebanyakan kenderaan mewah yang melanggar ketiga-tiga peraturan membabitkan lampu, nombor pendaftaran dan cermin gelap lepas begitu sahaja.

Barangkali kerana terkilan dengan sikap double-standard yang ditunjukkan oleh JPJ, orang ramai mulai menyiarkan gambar-gambar membabitkan kenderaan JPJ sendiri. Antara yang menjadi 'mangsa' adalah kenderaan Ketua Pengarah JPJ.



Bercermin gelap dan mempunyai bentuk nombor pendaftaran yang terang-terang melanggar peraturan yang ditetapkan sendiri, orang ramai mempersoalkan kerasionalan perlanggaran undang-undang dan peraturan tersebut.

Ada yang berkata, cermin gelap diperlukan bagi menjaga keselamatan Ketua Pengarah JPJ. Lantas orang ramai turut mempersoalkan, adakah keselamatan orang awam juga tidak sepenting keselamatan Ketua Pengarah JPJ?

Justeru, orang ramai mendesak agar JPJ tampil memberikan penjelasan berhubung perkara ini.


0 comments:

Post a Comment

ADAKAH KENDERAAN KETUA PENGARAH JPJ TERKECUALI DARIPADA UNDANG-UNDANG YANG DIKUATKUASAKAN SEKARANG?

Sunday 9 November 2014 ·



Sekarang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menjalankan operasi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan membabitkan lampu, nombor pendaftaran dan cermin gelap. Ramai yang kena dan ramai yang terkena. Ramai yang tidak berpuas hati dan ramai juga yang merasakan, JPJ tidak bersikap adil kerana kebanyakan kenderaan mewah yang melanggar ketiga-tiga peraturan membabitkan lampu, nombor pendaftaran dan cermin gelap lepas begitu sahaja.

Barangkali kerana terkilan dengan sikap double-standard yang ditunjukkan oleh JPJ, orang ramai mulai menyiarkan gambar-gambar membabitkan kenderaan JPJ sendiri. Antara yang menjadi 'mangsa' adalah kenderaan Ketua Pengarah JPJ.



Bercermin gelap dan mempunyai bentuk nombor pendaftaran yang terang-terang melanggar peraturan yang ditetapkan sendiri, orang ramai mempersoalkan kerasionalan perlanggaran undang-undang dan peraturan tersebut.

Ada yang berkata, cermin gelap diperlukan bagi menjaga keselamatan Ketua Pengarah JPJ. Lantas orang ramai turut mempersoalkan, adakah keselamatan orang awam juga tidak sepenting keselamatan Ketua Pengarah JPJ?

Justeru, orang ramai mendesak agar JPJ tampil memberikan penjelasan berhubung perkara ini.


0 comments:

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks