ANWAR IBRAHIM Meneruskan Kempen BEBASKANNYA Dari Hukuman Penjara Dengan Penuh Malu

Wednesday, 22 October 2014

Tanpa dokongan PAS, PKR tidak ubah seperti seekor tikus basah yang bergerak bersendirian di dalam kawanan ular yang sedang kelaparan.


Kalau sebelum ini, PKR dan Anwar Ibrahim mendabik dada kerana mereka berjaya menghimpunkan sejumlah besar manusia untuk mendengar temberang Anwar Ibrahim, kini tanpa PAS, himpunan yang dirancangkan sekadar satu acara yang memalukan Anwar Ibrahim.

Sudah ada yang memaki hamun PAS kerana lebih berminat untuk bersolidariti dengan Presiden mereka, Abdul Hadi Awang yang telah disaman oleh pengedar pil kuda yang menjadi calon pilihanraya di sebuah DUN di Terengganu pada PRU-13 lalu. Kalau sebelum ini, mereka sombong, sekarang belas ihsan daripada PAS ditagih untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia, Anwar Ibrahim masih mendapat sokongan besar daripada para penyokong Pakatan Rakyat.


Semalam di Kedah, jumlah yang tertinggi mampu dikutip untuk hadir dalam majlis pembohongan Anwar Ibrahim hanyalah 300 orang. Lebih kurang 270 orang berjamaah bersama ketika bersolat Isyak, tetapi ketika solat hajat, tidak sampai 100 orang yang masih ada.


Hari ini, di Pulau Pinang atau lebih tepat lagi di Seberang Jaya, jumlah yang hadir jauh lebih kecil. Tidak sampai pun 50 orang ketika artikel ini ditulis. Program yang sepatutnya bermula pada jam 9:00 malam, katanya, terpaksa ditunda kerana hujan. Sedangkan hujan yang turun pun, sekadar hujan renyai. Beberapa orang dari kaum India yang menggunakan payung Barisan Nasional juga dilihat berada di hadapan pentas yang menjadi medan untuk Anwar Ibrahim berucap.

Esok, Anwar akan berada di Maran, Pahang. Juga untuk membohongi dan menipu penduduk Maran pula agar hadir dan mencukupkan bilangan 10,000 orang yang berdemonstrasi di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober.

2 comments:

  1. Fuyohhhhh....' tak sangka kaum Lut as, beribuan masih hidup.

    ReplyDelete
  2. MASAALAH SI ANWAR IBRAHIM NI MASAALAH KOTE DIA KERAS APASAL NAK HERET RAKYAT PIKUL SAMA ?

    ReplyDelete

ANWAR IBRAHIM Meneruskan Kempen BEBASKANNYA Dari Hukuman Penjara Dengan Penuh Malu

Wednesday, 22 October 2014 ·

Tanpa dokongan PAS, PKR tidak ubah seperti seekor tikus basah yang bergerak bersendirian di dalam kawanan ular yang sedang kelaparan.


Kalau sebelum ini, PKR dan Anwar Ibrahim mendabik dada kerana mereka berjaya menghimpunkan sejumlah besar manusia untuk mendengar temberang Anwar Ibrahim, kini tanpa PAS, himpunan yang dirancangkan sekadar satu acara yang memalukan Anwar Ibrahim.

Sudah ada yang memaki hamun PAS kerana lebih berminat untuk bersolidariti dengan Presiden mereka, Abdul Hadi Awang yang telah disaman oleh pengedar pil kuda yang menjadi calon pilihanraya di sebuah DUN di Terengganu pada PRU-13 lalu. Kalau sebelum ini, mereka sombong, sekarang belas ihsan daripada PAS ditagih untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia, Anwar Ibrahim masih mendapat sokongan besar daripada para penyokong Pakatan Rakyat.


Semalam di Kedah, jumlah yang tertinggi mampu dikutip untuk hadir dalam majlis pembohongan Anwar Ibrahim hanyalah 300 orang. Lebih kurang 270 orang berjamaah bersama ketika bersolat Isyak, tetapi ketika solat hajat, tidak sampai 100 orang yang masih ada.


Hari ini, di Pulau Pinang atau lebih tepat lagi di Seberang Jaya, jumlah yang hadir jauh lebih kecil. Tidak sampai pun 50 orang ketika artikel ini ditulis. Program yang sepatutnya bermula pada jam 9:00 malam, katanya, terpaksa ditunda kerana hujan. Sedangkan hujan yang turun pun, sekadar hujan renyai. Beberapa orang dari kaum India yang menggunakan payung Barisan Nasional juga dilihat berada di hadapan pentas yang menjadi medan untuk Anwar Ibrahim berucap.

Esok, Anwar akan berada di Maran, Pahang. Juga untuk membohongi dan menipu penduduk Maran pula agar hadir dan mencukupkan bilangan 10,000 orang yang berdemonstrasi di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober.

2 comments:

Anonymous said...
23 October 2014 at 04:29  

Fuyohhhhh....' tak sangka kaum Lut as, beribuan masih hidup.

Anonymous said...
23 October 2014 at 20:21  

MASAALAH SI ANWAR IBRAHIM NI MASAALAH KOTE DIA KERAS APASAL NAK HERET RAKYAT PIKUL SAMA ?

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks