LIVE DARI HADAPAN ISTANA KEHAKIMAN.... ANWAR Semakin Kecewa Melihat Jumlah Yang Hadir

Wednesday 29 October 2014


Sepatutnya hari ini sebagaimana yang dikatakan oleh Nik Nazmi, Ketua AMK yang sepatutnya kalah kerana kekurangan undi, tetapi kekal dilantik sebagai Ketua AMK menerusi campurtangan dan kehendak Anwar Ibrahim serta Rafizi Ramli, bekas Pakar Strategi yang kantoi berkali-kali sebelum dinaikkan pangkat kerana kantoi menjadi Setiausaha Agung PKR, hari ini akan menyaksikan penambahan jumlah pendemonstrasi berbanding semalam.

Jumlah kehadiran semalam tidak sampai 1000 orang, jauh tersasar daripada 10,000 orang yang disebut-sebut oleh Tian Chua, Nik Nazmi dan Rafizi Ramli. Namun jumlah yang hadir di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya ketika artikel ini sedang ditulis, jauh lebih rendah berbanding semalam iaitu lebih kurang 400 orang.


Mengikut perancangan asal Tian Chua dalam mesyuarat tertutup pada 25 Oktober lalu, hari ini sekurang-kurangnya 5000 orang akan menunjuk perasaan di hadapan Istana Kehakiman. Provokasi akan dipertingkatkan agar polis menangkap mereka yang melakukan provokasi tersebut dan berita penangkapan tersebut akan diuar-uarkan untuk menunjukkan kepada para penyokong Anwar Ibrahim bahawa kezaliman sedang berlaku.

Pagi ini, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin telah diarahkan untuk melakukan provokasi dengan menggunakan pendemonstrator sedia ada sekalipun jumlah mereka kecil dan berita berkenaan akan segera disiarkan sepertimana yang dilakukan oleh tabloid pro-Pakatan, SINAR HARIAN, yang cuba membesar-besarkan cerita kononnya berlaku rempuhan, bagi menarik dan menggamit kedatangan serta kehadiran pendemonstrator generasi muda.



Anwar dan Wan Azizah muncul lebih kurang jam 9:00 pagi dan bersalam-salaman dengan para penyokong mereka sambil diiringi laungan REFORMASI.

9:04 pagi Anwar Ibrahim bergandingan dengan Wan Azizah masuk menerusi pintu pagar hadapan mahkamah. Pada ketika itulah berlaku kekecohan apabila para pendemonstrasi cuba merempuh pagar semasa Anwar masuk.


Jam 9:35 pagi, Elizabeth Wong muncul di pekarangan Istana Kehakiman.


Jam 9:50 pagi, Lajim Ukin pula kelihatan untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.


Satu ceramah menggunakan pembesar suara di atas sebuah pick-up pacuan empat roda berwarna rasmi PKR, dibuat betul-betul di hadapan pagar. Melihat kepada situasi tersebut, para pendemonstrator hanya menunggu arahan dan isyarat untuk merempuh pagar tersebut dengan kenderaan pacuan empat roda berkenaan.


Jam 10:30 pagi, Fazlan Pengerusi Persatuan Mahasiswa Kebangsaan Islam Malaysia (PMKIM) mula berucap bersama-sama Mazlan Presiden Suara Anak Muda Malaysia. Ceramah mereka adalah berkisar tentang persoalan mengapa pintu pagar UM ditutup seawal jam 4:00 petang dan mengapa secara tiba-tiba UM dikatakan putus bekalan elektrik.

Menariknya, mereka turut memuji tindakan para pelajar pro-Anwar yang merempuh dan merobohkan pagar dengan menyatakan ia adalah satu perkara mulia dan kejayaan besar para pelajar masakini.

2 comments:

  1. dah muak....tak berbaloi. mengabihkan beras jer. tak ade untung bagi diri aku dan keluarga. yang untung kalaulah nuar menang kes...dia dan kroni jugak sauk juta2. orang kecil macam aku...sangap. kena kerja bertungkus lumus untuk menyara keluarga.
    pergi mampos lagi senang...tak ade ape kebaikan dan manafaatnya pun buat manusia lain. asyik kelentong sana...bohong sini.

    ReplyDelete
  2. DARI ZAMAN BELAJAR SAMPAI TUA JUTUK MR SODOM DAJAL MATA SATU NI INSAF2. ANAK CUCU DIA TAK APA AR KEKAYAAN YG DH DIBOLOTNYA TUJUH KETURUNAN TAK HABIS MKN WALAU MALU PUN TUJUH KETURUNAN TAK HABIS. ORANG LAEN MACANANA ? ? ?

    ReplyDelete

LIVE DARI HADAPAN ISTANA KEHAKIMAN.... ANWAR Semakin Kecewa Melihat Jumlah Yang Hadir

Wednesday 29 October 2014 ·


Sepatutnya hari ini sebagaimana yang dikatakan oleh Nik Nazmi, Ketua AMK yang sepatutnya kalah kerana kekurangan undi, tetapi kekal dilantik sebagai Ketua AMK menerusi campurtangan dan kehendak Anwar Ibrahim serta Rafizi Ramli, bekas Pakar Strategi yang kantoi berkali-kali sebelum dinaikkan pangkat kerana kantoi menjadi Setiausaha Agung PKR, hari ini akan menyaksikan penambahan jumlah pendemonstrasi berbanding semalam.

Jumlah kehadiran semalam tidak sampai 1000 orang, jauh tersasar daripada 10,000 orang yang disebut-sebut oleh Tian Chua, Nik Nazmi dan Rafizi Ramli. Namun jumlah yang hadir di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya ketika artikel ini sedang ditulis, jauh lebih rendah berbanding semalam iaitu lebih kurang 400 orang.


Mengikut perancangan asal Tian Chua dalam mesyuarat tertutup pada 25 Oktober lalu, hari ini sekurang-kurangnya 5000 orang akan menunjuk perasaan di hadapan Istana Kehakiman. Provokasi akan dipertingkatkan agar polis menangkap mereka yang melakukan provokasi tersebut dan berita penangkapan tersebut akan diuar-uarkan untuk menunjukkan kepada para penyokong Anwar Ibrahim bahawa kezaliman sedang berlaku.

Pagi ini, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin telah diarahkan untuk melakukan provokasi dengan menggunakan pendemonstrator sedia ada sekalipun jumlah mereka kecil dan berita berkenaan akan segera disiarkan sepertimana yang dilakukan oleh tabloid pro-Pakatan, SINAR HARIAN, yang cuba membesar-besarkan cerita kononnya berlaku rempuhan, bagi menarik dan menggamit kedatangan serta kehadiran pendemonstrator generasi muda.



Anwar dan Wan Azizah muncul lebih kurang jam 9:00 pagi dan bersalam-salaman dengan para penyokong mereka sambil diiringi laungan REFORMASI.

9:04 pagi Anwar Ibrahim bergandingan dengan Wan Azizah masuk menerusi pintu pagar hadapan mahkamah. Pada ketika itulah berlaku kekecohan apabila para pendemonstrasi cuba merempuh pagar semasa Anwar masuk.


Jam 9:35 pagi, Elizabeth Wong muncul di pekarangan Istana Kehakiman.


Jam 9:50 pagi, Lajim Ukin pula kelihatan untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.


Satu ceramah menggunakan pembesar suara di atas sebuah pick-up pacuan empat roda berwarna rasmi PKR, dibuat betul-betul di hadapan pagar. Melihat kepada situasi tersebut, para pendemonstrator hanya menunggu arahan dan isyarat untuk merempuh pagar tersebut dengan kenderaan pacuan empat roda berkenaan.


Jam 10:30 pagi, Fazlan Pengerusi Persatuan Mahasiswa Kebangsaan Islam Malaysia (PMKIM) mula berucap bersama-sama Mazlan Presiden Suara Anak Muda Malaysia. Ceramah mereka adalah berkisar tentang persoalan mengapa pintu pagar UM ditutup seawal jam 4:00 petang dan mengapa secara tiba-tiba UM dikatakan putus bekalan elektrik.

Menariknya, mereka turut memuji tindakan para pelajar pro-Anwar yang merempuh dan merobohkan pagar dengan menyatakan ia adalah satu perkara mulia dan kejayaan besar para pelajar masakini.

2 comments:

Anonymous said...
29 October 2014 at 11:57  

dah muak....tak berbaloi. mengabihkan beras jer. tak ade untung bagi diri aku dan keluarga. yang untung kalaulah nuar menang kes...dia dan kroni jugak sauk juta2. orang kecil macam aku...sangap. kena kerja bertungkus lumus untuk menyara keluarga.
pergi mampos lagi senang...tak ade ape kebaikan dan manafaatnya pun buat manusia lain. asyik kelentong sana...bohong sini.

Anonymous said...
29 October 2014 at 12:24  

DARI ZAMAN BELAJAR SAMPAI TUA JUTUK MR SODOM DAJAL MATA SATU NI INSAF2. ANAK CUCU DIA TAK APA AR KEKAYAAN YG DH DIBOLOTNYA TUJUH KETURUNAN TAK HABIS MKN WALAU MALU PUN TUJUH KETURUNAN TAK HABIS. ORANG LAEN MACANANA ? ? ?

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks