Pasukan peguambela Anwar yang terdiri daripada 14 orang peguam-peguam hebat, telah berhujah untuk membebaskan Anwar Ibrahim tetapi hujah mereka adalah hujah kitar semula Mahkamah Tinggi yang keputusannya, Anwar dibebaskan kerana masalah teknikal membabitkan DNA yang akta tentangnya belum lagi diluluskan pada waktu itu. Keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada Mac lalu setelah panel 3 hakim menilai semula keputusan Mahkamah Tinggi.
Selesai penghujahan daripada barisan peguamnya, Anwar Ibrahim segera membuat keputusan bagi pihak mahkamah. Katanya, berdasarkan hujah-hujah peguambelanya, maka mahkamah harus membebaskannya daripada hukuman. Mahkamah tidak seharusnya mendengar hujah-hujah daripada Shafie Abdullah lagi kerana kekuatan hujah-hujah barisan peguamnya. (RUJUK DI SINI)
Sebaliknya Anwar menambah, mahkamah melakukan perbuatan jijik sekiranya membuat keputusan untuk menambahkan lagi tempoh hukumannya kerana ia adalah KONSPIRASI semata-mata.
Pada masa yang sama, Anwar juga menyatakan yang dia berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh barisan peguambelanya.
Dan seperti biasa, apabila Anwar menyatakan sesuatu, ia adalah sesuatu yang kontra daripada kenyataannya.
Sepanjang tiga hari, para peguambela Anwar Ibrahim hanya berusaha menafikan 'rogol liwat' berlaku sebaliknya menyatakan liwat berkenaan adalah SUKA SAMA SUKA. Sekaligus mengesahkan bahawa Anwar memang meliwat Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadinya yang kemudian membuat laporan polis pada Ogos 2008 sebelum Anwar Ibrahim memulakan dan mencipta pelbagai drama termasuklah cubaan membunuhnya yang menyebabkan dia berusaha melarikan diri ke luar negara menerusi Kedutaan Turki, drama 16 September, gangguan dan penghinaan kepada Perlembagaan Malaysia khususnya membabitkan Perkara 152 dan Perkara 153, penghinaan ke atas Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan serangan ke atas agensi-agensi penguatkuasaan Kerajaan seperti SPRM, SKMM, PDRM, SPR dan sebagainya. Malah menjelang kesnya di Mahkamah Rayuan pada Mac, Anwar Ibrahim mengatur KAJANG MOVE yang kemudian dipanjangkan pula kepada penganiayaan kepada Khalid Ibrahim dalam krisis dengan Istana Selangor dua bulan lepas.
Shafie Abdullah pada masa yang sama, menyatakan dia mempunyai beberapa HUJAH BARU bagi membuktikan Anwar Ibrahim sememangnya meliwat Saiful Bukhari Azlan sama ada secara SUKARELA atau PAKSA RELA.
Barangkali kerana HUJAH-HUJAH BARU itulah yang membuatkan Anwar Ibrahim mendahului keputusan panel Hakim Mahkamah Persekutuan dengan mengisytiharkan pasukannya telah menang!
HARAP TS SHAFIE BOLIH CHECKMATE.
ReplyDeleteTUTUP CERITA YANG MEMELAUKAN UMAT ISLAM DAN RAKYAT NEGARA.
KONSPIRASI KONSPIRASI TAK ADA MODAL LAIN.SIAPA YANG JIJIK SEBENARNYA.
SAYONARA........BON VOYAGE
Meliwat memanglah satu perbuatan yang jijik. Alasan apa apa yang agak bolih meringankan tuduhan terjijik ini........????? Konspirasi
ReplyDeleteAnwar berKONSPIRASI dengan kotenya meliwat Saiful ....
ReplyDeleteTS Shafie hujah kaw kaw punya bagi nuar merengkok dalam penjara sampai nyanyuk.
ReplyDelete