Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan hari ini membuat laporan polis setelah dua kali difitnah melalui media sosial Facebook.
Dipercayai terdapat individu yang menggunakan akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya dengan nama samaran Azamuddin Azim.
Menurut Nasrudin fitnah tersebut iaitu kononnya beliau akan memberikan tiket percuma dan menyediakan pengangkutan ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Pahang dengan JDT, Sabtu ini.
“Laporan telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Sekretariat, Hassanuddin Salim yang turut dilibatkan dalam fitnah tersebut.
“Akibatnya daripada fitnah tersebut, saya dihujani panggilan telefon, mesej dan WhatsApp yang tidak putus-putus dari sekitar daerah ini dan luar yang bertanya dan mahukan tiket percuma berkenaan,” katanya lapor HarakahDaily.
Tambah beliau, fitnah tersebut bukanlah kali pertama disiarkan individu berkenaan.
“Pada 25 Jun lalu juga pemilik akaun tersebut telah menggunakan kaedah yang sama mengiklankan kononnya Ahli Parlimen Temerloh akan mengagihkan benih ikan sangkar dan turut memaparkan nombor telefon saya.
“Tetapi hari ini saya dapati pemilik akaun Azamuddin Azim itu telah menukar namanya kepada Khaiz Hafiz dan saya percaya pertukaran itu dibuat apabila kami turut menyiarkan akan membuat laporan polis petang ini,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan ibu pejabat polis daerah di sini.
Jelasnya, demi melindungi diri dan kepentingan beliau meminta bahagian jenayah komersial polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.
“Kalau perkara ini benar kita akan maklumkan. Masalahnya kita tidak ada kuota tiket perlawanan antara Pahang menentang JDT itu.
“Dalam kes ini saya percaya individu berkenaan berniat jahat serta bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya sebagai ahli parlimen,” ujarnya.
Katanya, beliau yang turut hadir menyokong penuh laporan polis tersebut kerana tidak mahu fitnah terhadap beliau dan PAS berleluasa berdasarkan posting-posting individu berkenaan sebelum ini.
“Benda yang tiada diada-adakan. Bila orang hubungi Hassanuddin tiket itu tidak ada, apabila tak dapat jadi orang akan marah (kerana menipu). Jadi saya kira itu satu strategi yang sangat jahat,” katanya.
YG MEBGHAIRAN PUAK PUAK INI IALAH KONONNYA AKAN MEMBERI TIKET PERCUMA MENYAKSIKAN PERLAWANAN BOLA SEPAK SAMPAI BUAT LAPURAN POLIS.
ReplyDeleteTAPI BILA ADA VEDEO TEBAR SEPENDA ATAU AIS CREAM DLM TANDAS ATAU GAMBAR BEKAS CALUN PRK DGN SUAMI ORANG TAK PULAK BUAT LAPURAN POLIS.
video besi...tak blh percaya kta tok garu mereka...dosa facebook ni lebih besar dari dosa zina,liwat& khalwat dgn bini orang..tu sebab kena buat repot polis...
ReplyDelete