LAGI PEMBOHONGAN SINAR HARIAN... 150 ORANG DIKATAKAN 1000!!!

Wednesday 29 October 2014

Tabloid pro-PKR yang cuba berlakon 'nuetral' untuk edisi Utara/Perak ketika menyiarkan liputan tunjuk perasaan oleh 'generasi kedua penoreh getah' di pekan Selama Perak. Menurut tabloid yang dimiliki oleh Karangkraf itu, demonstrasi berkenaan telah disertai oleh hampir 1000 orang.

Hakikatnya, jumlah yang hadir, tidak sampai pun 150 orang!

Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh PAS Kawasan Larut dengan kerjasama sebuah NGO PAS, Suara Orang Kampung dan Gerakan Penoreh Getah Generasi Kedua bagi mendesak harga getah dinaikkan pada 25 Oktober 2014 antara jam 3:00 petang sehingga 4:20 petang di Dataran Selama.

Himpunan tersebut diketuai oleh Sulaiman bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak dan dihadiri antara 120 orang sehingga 150 orang sahaja. Antara yang turut hadir adalah Toreq Zainordin YDP PAS Kawasan Larut, Mohd Akmah Kamaruddin Naib Ketua DPP Negeri Perak merangkap Timbalan YDP PAS Kawasan Larut, Mohd Nazri Din Bendahari DPP Kawasan Larut, Mohd Shahir Hasan Pemangku Ketua DPP Kawasan Larut, Razman Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak dan Nizar Jamaluddin Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap ADUN Changkat Jering.

Sebenarnya demonstrasi mendesak agar harga getah dinaikkan merupakan kali kedua diadakan di dalam Parlimen Larut yang ditunjangi oleh PAS Kawasan Larut dan Lujnah Penerangan DPP Kawasan Larut yang berselindung di belakang NGO Suara Orang Kampung serta Gerakan Penoreh Getah Generasi Ke-2. Permohonan kumpulan berkenaan untuk mengadakan demonstrasi di Dataran Selama tidak dibenarkan oleh YDP Majlis Daerah Selama, sebaliknya MDS mencadangkan agar demonstrasi berkenaan diadakan di padang Mini Stadium Permai II.

Bagaimanapun, cadangan MDS itu tidak diendahkan dan demonstrasi diteruskan di lokasi yang dijadualkan. Para peserta telah berarak ke Stesen Bas Selama di pekan Selama dan berpatah balik ke Dataran Selama serta diakhiri dengan bacaan doa. Penguatkuasa MDS gagal untuk menghalang atau menyekat, bahkan kelibat mereka juga tidak kelihatan.

Sambutan tidak memberangsangkan memandangkan majoriti yang hadir bukanlah merupakan penoreh getah sebaliknya mereka adalah ahli dan penyokong PAS manakala generasi kedua penoreh getah sebagaimana yang didakwa, tidak wujud sama sekali memandangkan hampir keseluruhan kebun getah di kawasan berkenaan, termasuklah di Sungai Bayor, Rantau Panjang, Sungai Seputeh dan sebagainya, sudah ditanam dengan kelapa sawit. Apatah lagi, kebanyakan golongan muda daerah tersebut, lebih gemar bekerja kilang sama ada di Kulim atau di Taiping berbanding menoreh getah.

Dalam demonstrasi yang dianjurkan itu juga, kebanyakan pemimpin utama PAS Perak sekadar hadir semasa berhimpun di Dataran Selama tetapi mereka tidak berarak. Mereka sebaliknya dilihat sekadar memberikan sokongan moral.

Berbeza daripada laporan SINAR HARIAN, tiada sebarang liputan yang dibuat oleh mana-mana wakil media sepanjang program berkenaan. Sebaliknya wartawan tabloid tersebut menceduk bulat-bulat maklumat yang dihantar oleh Mohd Akmal Kamaruddin dan Mohd Nazri Din.

Justeru, tidak hairanlah 150 orang dikatakan 1000 orang!

0 comments:

Post a Comment

LAGI PEMBOHONGAN SINAR HARIAN... 150 ORANG DIKATAKAN 1000!!!

Wednesday 29 October 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks