(SEBELUM PERBICARAAN BERHENTI REHAT) Lagi Hujah Taraf Mahkamah Tinggi Oleh Barisan Peguam Anwar Ibrahim

Wednesday 29 October 2014



Mahkamah berhenti rehat jam 11:05 pagi...

Sehingga jam 10:30 pagi, jumlah penyokong Anwar Ibrahim hanyalah sekitar 400 orang manakala penyokong Saiful Bukhari Azlan pula sekitar 200-300 orang. Sudah terdengar soksek-soksek bahawa perbicaraan akan berlangsung sehingga Jumaat.

Ini adalah kerana sehingga ke hari ini, hanya 3 daripada 46 hujah dan tidak mungkin dapat dihabiskan kesemuanya hari ini sebelum esoknya penghujahan balas oleh pendakwaraya. Sudah ada juga peramal-peramal yang menyatakan, Anwar Ibrahim mungkin akan dibebaskan atau paling teruk pun, Anwar Ibrahim akan masuk penjara selama 2 tahun apabila dibuktikan bahawa LIWAT ANTARA ANWAR IBRAHIM DAN SAIFUL ADALAH SUKA SAMA SUKA.

Hukuman penjara 2 tahun tidak akan menghilangkan kelayakan Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Malaysia.


Antara yang menarik menjelang mahkamah rehat sebentar tadi ialah, ucapan Pak Jabit, salah seorang pelakon utama dalam filem Hantu Mak Limah Balik Rumah. Penyokong tegar Anwar Ibrahim itu berjaya menarik perhatian ramai hadirin. Dalam ucapannya, Pak Jabit menyatakan, kesemua pendemonstrator tidak perlu takut kerana 'hantu Kak Limah tak balik rumah, sebaliknya yang ada hanyalah Hantu Rosmah'. Dia turut menegaskan, 'rakyat' mesti bangun berjuang bermati-matian sehingga nafas terakhir demi mempertahankan Anwar Ibrahim. Dan menurutnya lagi, jikalau Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara, para penyokong Anwar Ibrahim tidak boleh balik sebagai menunjukkan solidariti kepada pemimpin pujaannya itu.

"Perjuangan ini adalah perjuangan rakyat dan perjuangan Anwar!" katanya.



Sebelum mahkamah berhenti rehat jam 11:05 pagi, N.Surendran, salah seorang peguambela Anwar Ibrahim telah menampilkan beberapa case law dan bahagian-bahagian berkaitan dalam undang-undang untuk mendesak mahkamah menerima keterangan luar kandang oleh Anwar Ibrahim.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Anwar Ibrahim memilih untuk memberi ceramah berbanding disoalbalas kerana takut. Anwar Ibrahim bagaimanapun, tidak menafikan sama sekali bukti yang dihadirkan oleh pendakwaraya, sebaliknya hanya bercakap tentang politik.

Seorang lagi peguambela Anwar, Sangeet Kaur pula mempertikaikan mengenai sampel DNA dari tuala Good Morning dan sabun yang hanya disokong menerusi keterangn saksi polis yang katanya tidak pernah melihat Anwar menggunakannya di dalam tandas. Sangeet Kaur bagaimanapun, hanya menggunakan keterangan daripada Anwar Ibrahim sahaja dan tidak menilai fakta serta bukti yang dihadirkan. (RUJUK UNSPINNERS)

Eksibit DNA daripada botol, tuala, sabun dan berus gigi telah ditanda dengan MALE Y tetapi Y tidak pernah disahkan secara rasmi sebagai DNA Anwar Ibrahim memandangkan keengganan Anwar Ibrahim menyerahkan DNAnya secara sukarela pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi sebaliknya berbelit-belit berkata, rekod DNAnya telah ada, sedangkan prosedur perundangan memerlukan bukti baru setelah pemeriksaan silang dibuat menggunakan data lama dan eksibit DNA baru.

Seperkara yang masih gagal diterangkan oleh barisan peguambela Anwar Ibrahim ialah, bagaimana air mani Anwar Ibrahim bertakung sedalam 4 sentimeter dalam dubur Saiful Bukhari Azlan. Beberapa cubaan sebelum ini cenderung bagi pasukan peguambela Anwar Ibrahim untuk menuduh polis dengan sengaja telah memasukkan air mani Anwar Ibrahim ke dalam dubur.

Namun air mani tidak boleh dikeluarkan melainkan menerusi rangsangan dan pengerasan zakar.


Sekitar jam 11:45 pagi, Adam Adli membuat persembahan nyanyian.




Manakala sekitar jam 12:13 tengah hari, Badrol Amin yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang di sebuah bilik hotel di Kuantan pada jam 3 pagi, mengetuai 50 orang penyokong Anwar Ibrahim dalam sesi membaca surah Yassin.

9 comments:

  1. Tak pasal pasal ROSMAH dapat pahala percuma lagi......................ha ha ha

    ReplyDelete
  2. yang aku xleh tahan sengeh tu...ustaz (ustaz?) badrol amin...dah kena tangkap khalwat tapi pimpin baca surah yassin! tuuu...haiyakk..itu olang pun masih ikut sama dia kah???

    ReplyDelete
  3. baca yassin untuk pertahan selebriti peliwat Negara..elok sesangat lar tuuu..!!

    ReplyDelete
  4. semua melayu....kesian2..

    ReplyDelete
  5. Lihat pada senario yg macam ne tak hairanlah suatu hari nnt negara ini akan jatuh ketangan pendatang..

    ReplyDelete
  6. Dah terang terang meliwat, masih ada yang menghalal kan, bodoh dungu tahap apa ni.

    ReplyDelete
  7. air mani anwar ada di dlm dubur saiful sedalam 4 cm? ada beberapa konspirasi blh dikaitkan...
    a). air mani anwar telah dicuri dr kantungnya dan di masukan ke dlm dubur saiful.
    b.) anwar telah dipaksa utk mengeluarkan air maninya sendiri lalu dimasukan kedlm dubur saiful.
    c.) pihak konspirator telah menjumpai air mani anwar yg bersepah2 lalu dimasukan ke dubur.
    d.) air mani anwar di curi dr bank sperma.
    e.) air mani anwar mempunyai kaki dan masuk sendiri ke dubur.
    f.) anwar seorg yg sgt pemurah utk mendermakan air maninya so sesiapa pun blh masukan ke dubur.
    g.)air mani anwar telah dimasukkan menggunakan khidmat bomoh.
    h.) anwar telah tidak sengaja tercucuk dubur saiful dgn zakarnya.
    i.) anwar telah dipaksa oleh najib utk meliwat saiful.....

    ReplyDelete
  8. kalau orang umnolah yang dituduh liwat ke zina ke satu dunia dijaja tanpa ada pembelaan semuanya benar belaka, baca yasin ke, sembayang hajat ke hakim yang sangat adil ialah Allah, hakim manusia sebagai perantaraan saja ingat tu.

    ReplyDelete
  9. Pak khalwat dgn pak liwat,elok la 2.seangkatan......

    ReplyDelete

(SEBELUM PERBICARAAN BERHENTI REHAT) Lagi Hujah Taraf Mahkamah Tinggi Oleh Barisan Peguam Anwar Ibrahim

Wednesday 29 October 2014 ·



Mahkamah berhenti rehat jam 11:05 pagi...

Sehingga jam 10:30 pagi, jumlah penyokong Anwar Ibrahim hanyalah sekitar 400 orang manakala penyokong Saiful Bukhari Azlan pula sekitar 200-300 orang. Sudah terdengar soksek-soksek bahawa perbicaraan akan berlangsung sehingga Jumaat.

Ini adalah kerana sehingga ke hari ini, hanya 3 daripada 46 hujah dan tidak mungkin dapat dihabiskan kesemuanya hari ini sebelum esoknya penghujahan balas oleh pendakwaraya. Sudah ada juga peramal-peramal yang menyatakan, Anwar Ibrahim mungkin akan dibebaskan atau paling teruk pun, Anwar Ibrahim akan masuk penjara selama 2 tahun apabila dibuktikan bahawa LIWAT ANTARA ANWAR IBRAHIM DAN SAIFUL ADALAH SUKA SAMA SUKA.

Hukuman penjara 2 tahun tidak akan menghilangkan kelayakan Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Malaysia.


Antara yang menarik menjelang mahkamah rehat sebentar tadi ialah, ucapan Pak Jabit, salah seorang pelakon utama dalam filem Hantu Mak Limah Balik Rumah. Penyokong tegar Anwar Ibrahim itu berjaya menarik perhatian ramai hadirin. Dalam ucapannya, Pak Jabit menyatakan, kesemua pendemonstrator tidak perlu takut kerana 'hantu Kak Limah tak balik rumah, sebaliknya yang ada hanyalah Hantu Rosmah'. Dia turut menegaskan, 'rakyat' mesti bangun berjuang bermati-matian sehingga nafas terakhir demi mempertahankan Anwar Ibrahim. Dan menurutnya lagi, jikalau Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara, para penyokong Anwar Ibrahim tidak boleh balik sebagai menunjukkan solidariti kepada pemimpin pujaannya itu.

"Perjuangan ini adalah perjuangan rakyat dan perjuangan Anwar!" katanya.



Sebelum mahkamah berhenti rehat jam 11:05 pagi, N.Surendran, salah seorang peguambela Anwar Ibrahim telah menampilkan beberapa case law dan bahagian-bahagian berkaitan dalam undang-undang untuk mendesak mahkamah menerima keterangan luar kandang oleh Anwar Ibrahim.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Anwar Ibrahim memilih untuk memberi ceramah berbanding disoalbalas kerana takut. Anwar Ibrahim bagaimanapun, tidak menafikan sama sekali bukti yang dihadirkan oleh pendakwaraya, sebaliknya hanya bercakap tentang politik.

Seorang lagi peguambela Anwar, Sangeet Kaur pula mempertikaikan mengenai sampel DNA dari tuala Good Morning dan sabun yang hanya disokong menerusi keterangn saksi polis yang katanya tidak pernah melihat Anwar menggunakannya di dalam tandas. Sangeet Kaur bagaimanapun, hanya menggunakan keterangan daripada Anwar Ibrahim sahaja dan tidak menilai fakta serta bukti yang dihadirkan. (RUJUK UNSPINNERS)

Eksibit DNA daripada botol, tuala, sabun dan berus gigi telah ditanda dengan MALE Y tetapi Y tidak pernah disahkan secara rasmi sebagai DNA Anwar Ibrahim memandangkan keengganan Anwar Ibrahim menyerahkan DNAnya secara sukarela pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi sebaliknya berbelit-belit berkata, rekod DNAnya telah ada, sedangkan prosedur perundangan memerlukan bukti baru setelah pemeriksaan silang dibuat menggunakan data lama dan eksibit DNA baru.

Seperkara yang masih gagal diterangkan oleh barisan peguambela Anwar Ibrahim ialah, bagaimana air mani Anwar Ibrahim bertakung sedalam 4 sentimeter dalam dubur Saiful Bukhari Azlan. Beberapa cubaan sebelum ini cenderung bagi pasukan peguambela Anwar Ibrahim untuk menuduh polis dengan sengaja telah memasukkan air mani Anwar Ibrahim ke dalam dubur.

Namun air mani tidak boleh dikeluarkan melainkan menerusi rangsangan dan pengerasan zakar.


Sekitar jam 11:45 pagi, Adam Adli membuat persembahan nyanyian.




Manakala sekitar jam 12:13 tengah hari, Badrol Amin yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang di sebuah bilik hotel di Kuantan pada jam 3 pagi, mengetuai 50 orang penyokong Anwar Ibrahim dalam sesi membaca surah Yassin.

9 comments:

Anonymous said...
29 October 2014 at 12:46  

Tak pasal pasal ROSMAH dapat pahala percuma lagi......................ha ha ha

Anonymous said...
29 October 2014 at 12:58  

yang aku xleh tahan sengeh tu...ustaz (ustaz?) badrol amin...dah kena tangkap khalwat tapi pimpin baca surah yassin! tuuu...haiyakk..itu olang pun masih ikut sama dia kah???

Anonymous said...
29 October 2014 at 12:59  

baca yassin untuk pertahan selebriti peliwat Negara..elok sesangat lar tuuu..!!

Anonymous said...
29 October 2014 at 13:01  

semua melayu....kesian2..

Anonymous said...
29 October 2014 at 13:16  

Lihat pada senario yg macam ne tak hairanlah suatu hari nnt negara ini akan jatuh ketangan pendatang..

Otai Bayu said...
29 October 2014 at 13:54  

Dah terang terang meliwat, masih ada yang menghalal kan, bodoh dungu tahap apa ni.

Anonymous said...
29 October 2014 at 14:28  

air mani anwar ada di dlm dubur saiful sedalam 4 cm? ada beberapa konspirasi blh dikaitkan...
a). air mani anwar telah dicuri dr kantungnya dan di masukan ke dlm dubur saiful.
b.) anwar telah dipaksa utk mengeluarkan air maninya sendiri lalu dimasukan kedlm dubur saiful.
c.) pihak konspirator telah menjumpai air mani anwar yg bersepah2 lalu dimasukan ke dubur.
d.) air mani anwar di curi dr bank sperma.
e.) air mani anwar mempunyai kaki dan masuk sendiri ke dubur.
f.) anwar seorg yg sgt pemurah utk mendermakan air maninya so sesiapa pun blh masukan ke dubur.
g.)air mani anwar telah dimasukkan menggunakan khidmat bomoh.
h.) anwar telah tidak sengaja tercucuk dubur saiful dgn zakarnya.
i.) anwar telah dipaksa oleh najib utk meliwat saiful.....

Anonymous said...
29 October 2014 at 14:49  

kalau orang umnolah yang dituduh liwat ke zina ke satu dunia dijaja tanpa ada pembelaan semuanya benar belaka, baca yasin ke, sembayang hajat ke hakim yang sangat adil ialah Allah, hakim manusia sebagai perantaraan saja ingat tu.

Anonymous said...
29 October 2014 at 23:05  

Pak khalwat dgn pak liwat,elok la 2.seangkatan......

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks