Takut Kerana Tugasannya Tidak Siap, Pelajar Menipu Dia Diculik dan Memperdayakan Pihak Polis Di Dungun

Sunday 19 October 2014

CERITA ASALNYA:

JOHOR BAHRU - Pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang mengesahkan seorang penuntut wanita telah diculik beberapa individu tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di sini malam semalam.

Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PIS, Abdul Razak Salim berkata, mangsa yang berasal daripada Kuala Lumpur merupakan penuntut semester lima jurusan Diploma Rekaan Fesyen di institusi pendidikan terbabit.

"Saya akan ke Dungun, Terengganu malam ini untuk menguruskan perkara itu namun saya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lain berkenaan kes itu," katanya hari ini.

Bernama difahamkan penuntut perempuan itu berjaya melarikan diri ketika kenderaan penculik itu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun, Terengganu pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh mengesahkan ada seorang pelajar politeknik dari negeri ini membuat laporan polis di Balai Polis Dungun, Terengganu pagi tadi.

Bagaimanapun menurutnya, pihak polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan yang dibuat mana-mana pihak berhubung kehilangan anggota keluarga mereka di kawasan Seri Alam.

Buat waktu ini kami masih menyiasat laporan polis yang dibuat oleh penuntut wanita itu, katanya.

"Polis juga merayu mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, kata beliau. - Bernama

LAPORANNYA:

Repot sdg dibuat di balai DUNGUN...

Satu kes melarikan org..
Suspek 3 lelaki melayu dipercayai org Kelantan..salah seorg suspek memakai baju warna MERAH.

Menggunakan m/lori Bonded,
Warna : putih
No. Plate ; tidak pasti.

Salah seorg Mangsa berjaya melarikan diri semasa suspek mengisi minyak di stesen minyak petron DUNGUN jam 0715 hrs 18/10/2014,,

Nama: Norazliza bt Abd Manab..kp no. 941104-14-XXXX..pelajar POLITEKNIK IBRAHIM, PASIR GUDANG..

Dlm m/lori tersebut ada 7 kanak2 berbagai bangsa iaitu cina, india dan seorg kanak2 melayu nama ; mira..
Semua mangsa adalah dr Johor Bahru..

Mengikut maklumat mangsa yg selamat, semua mangsa akan dibawa ke Thailand dan pertukaran kenderaan akan dibuat di kuala Terengganu....tksh."

CERITA SEBENARNYA

DUNGUN - Teka-teki mengenai kes culik membabitkan seorang pelajar Politeknik dari Johor seperti dilaporkan oleh pelajar berkenaan semalam dipercayai hanya satu laporan palsu.

Hasil siasatan awal polis mendapati, ia satu helah dibuat pelajar itu untuk mengelakkan dia dikenakan tindakan susulan kegagalannya menghantar satu tugasan.

Difahamkan, pelajar berkenaan menaiki bas dari Johor dan tiba di Dungun kira-kira jam 4.30 pagi sebelum cuba menghubungi seorang rakannya melalui aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, ketika masih dalam bas dalam perjalanan dari Johor ke Dungun, dia dipercayai memaklumkan kepada rakannya itu bahawa dia diculik.

Sebaik tiba di Dungun, pelajar jurusan fesyen semester lima itu dikatakan menghubungi ibunya melalui telefon bimbit, namun gagal, sebelum ibunya menghubunginya semula dan pelajar terbabit mendakwa dirinya diculik.

Ekoran itu, ibunya yang bimbang dengan keselamatan anak perempuannya itu, dikatakan telah menyuruh pelajar itu pergi membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.

Berdasarkan cerita palsu dilaporkan pelajar terbabit, ketika ingin membuka pintu pagar rumah untuk ke Politeknik Sultan Ibrahim Johor, dia dikatakan tidak sedarkan diri.

Dia kemudian sedar semula dalam sebuah lori kotak yang berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun.

Pelajar ini turut mendakwa diculik tiga lelaki kononnya orang Kelantan berdasarkan dialek percakapan dan salah seorang daripadanya memakai baju T berwarna merah.

Tambah pelajar itu lagi, dalam lori berkenaan turut terdapat tujuh lagi mangsa lain termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan dipercayai akan dibawa ke Kelantan.

Sebaik membuat laporan polis di Balai Polis Dungun kira-kira jam 9.45 pagi semalam, gadis berasal dari Bukit Ampang Permai, Ampang Selangor itu kemudiannya disiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan daripada pelajar berkenaan.

Bagaimanapun selepas siasatan dilakukan, dia dilaporkan hanya membuat cerita rekaan berkaitan kesnya diculik.- SINAR HARIAN

1 comment:

Takut Kerana Tugasannya Tidak Siap, Pelajar Menipu Dia Diculik dan Memperdayakan Pihak Polis Di Dungun

Sunday 19 October 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks