DAP Memekak Bila Harga Minyak Dinaikkan, Tapi Pernah Tak Mereka Bising Bila Subsidi Petrol Dibalun Cina Singapura?

Saturday 18 October 2014

Dalam apa juga keadaan, tugas DAP di Malaysia adalah untuk memastikan Cina-Cina Singapura menguasai negara ini.

Kalau Arab menguasai sesuatu bahagian seperti di Bukit Bintang dan Cyberjaya, DAPlah yang paling kuat melalak kononnya negara ini dijarah dan dijajah oleh warga asing. Tapi kalau Cina Singapura menguasai hartanah di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, mahupun pulau-pulau peranginan di Sabah dan Sarawak, HARAM tidak sepatah perkataan pun keluar dari DAP.

Sebaliknya DAP pula akn memekak kerana Kerajaan Malaysia dan Kerajaan-Kerajaan Negeri Barisan Nasional enggan membuka lebih banyak peluang serta kemudahan kepada para penjajah dari Singapura.

Begitu juga apabila Singapura menaikkan harga tol di laluan kedua yang menghubungkan Malaysia-Singapura, haram tak sekali pun DAP berbunyi dan mengutuk. Tapi bila Malaysia menaikkan sedikit bayaran, DAP serta-merta mempolitikkan isu tersebut dan memberikan alasan, Johor Bharu dan seluruh Malaysia akan jatuh miskin kerana kenderaan-kenderaan dari Singapura tidak boleh masuk dengan harga murah.

Bila Malaysia mengkaji semula perjanjian air dengan Singapura, DAP jugalah yang menjadi penentang. Bahkan DAP mengingatkan Kerajaan Malaysia yang bekalan air perlu dihadiahkan sahaja kepada Singapura dengan alasan-alasan paling bangang tetapi motifnya amat jelas.

Menariknya, DAP tidak pernah memekak atau melalak apabila pemandu-pemandu dari Singapura yang cukup kuat lagak mereka, menghisap subsidi yang sepatutnya hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Blogger Sahabat Gunong berjaya merakamkan gambar bagaimana pemandu-pemandu Singapura tanpa rasa segan dan malu, menggunakan petrol yang disubsidikan oleh Kerajaan Malaysia tetapi pada masa yang sama, mengutuk Malaysia kononnya tidak lebih pandai daripada Singapura.

Menariknya taukeh petrol pump itu juga bukan jenis rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Dia hanya menggunakan haknya sebagai rakyat Malaysia untuk mendapat kontrak dan lesen sebagai pemilik stesen minyak tetapi untuk negara, dia tidak peduli. Asalkan sesiapa sahaja yang datang mengisi minyak di stesennya, dia akan menerima dan membenarkannya. Dia tidak peduli pun tentang subsidi yang sepatutnya hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan kepada taukeh-taukeh petrol pump yang sangat tamak dan tidak peduli dengan apa-apa pun melainkan keuntungan.

Perhatikan bagaimana 'mesranya' layanan yang diberikan kepada PENCURI SUBSIDI untuk rakyat Malaysia menerusi gambar-gambar yang dirakamkan oleh Sahabat Gunong.

0 comments:

Post a Comment

DAP Memekak Bila Harga Minyak Dinaikkan, Tapi Pernah Tak Mereka Bising Bila Subsidi Petrol Dibalun Cina Singapura?

Saturday 18 October 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks