Mengapa UMNO-BN dan Kerajaan Malaysia TERLALU TAKUT BERTINDAK Terhadap Fitnah Pemimpin-Pemimpin Pakatan Rakyat?

Friday 31 October 2014


Di sana-sini, ceramah daripada para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PKR dibuat secara terbuka dan ceramah-ceramah tersebut menghentam dan menfitnah PERMATA secara terbuka. Bagamanapun, UMNO dan Barisan Nasional serta Kerajaan Malaysia mengambil sikap pasif dan enggan mempertahankan diri, taktik lapok yang akhirnya menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional kehilangan majoriti dua pertiga penguasaan di Parlimen.

Dari tahun 2008 apabila Anwar Ibrahim mula memainkan isu pembunuhan model Mongolia yang mempunyai hubungan dengan salah seorang yang rapat dengan Najib Abdul Razak untuk dikaitkan dengan Najib dan Rosmah Mansorr, pengurusan persepsi amat teruk. Pelbagai fitnah dibuat termasuklah yang dilakukan oleh Tian Chua, tidak diuruskan dengan sebaik-baiknya membuatkan golongan penfitnah semakin besar kepala dan meneruskan kegiatan mereka secara sewenang-wenangnya. Rakyat semakin percaya dengan fitnah-fitnah yang tidak berasas itu.

Apabila fitnah pembunuhan itu dikaitkan pula dengan pembelian dua buah kapal selam yang sebenarnya dibuat pada tahun 1995 iaitu pada zaman Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan lagi, ia semakin bercelaru. Tetapi sekali lagi pengurusan persepsi tidak dibuat dengan sebaik-baiknya. Para penasihat telah menasihatkan agar perkara berkenaan didiamkan dengan harapan, ianya tidak popular dan tiada lagi yang akan memperkatakannya.

Satu tanggapan yang silap dan salah memandangkan letusan teknologi maklumat mempercepatkan penyebaran segala maklumat sama ada betul atau tidak. Dan daya tarikan bagi setiap manusia adalah sesuatu yang bersifat sensasi. Lebih sensasi sesuatu berita itu dengan sedikit kaitan yang dilihat munasabah, akan lebih dipercayai berbanding fakta


BERITA:


Kegagalan pihak polis mengenakan sebarang tindakan terhadap fitnah yang dilakukan pihak pembangkang kononnya pemotongan subsidi semata-mata untuk program Permata Negara (Permata) akan memberi peluang kepada mereka (pembangkang) untuk terus memperbodohkan rakyat.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata pihak pembangkang akan mengambil peluang ini untuk terus memanipulasi usaha yang dilakukan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung Permata.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kegagalan pihak polis mengambil sebarang tindakan terhadap pembangkang selepas 20 hari laporan dibuat oleh beliau.

“Kenapa sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap pembangkang dan dimana Standard Operasional Prosedur (SOP) yang dilaungkan pihak polis sebelum ini,” katanya kepada media ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya hari ini.

Sebelum ini Naib Ketua Wanita PKR Haniza Talha mempertikai tindakan pihak kerajaan memotong subsidi rakyat dan memperuntukan RM 711 juta kepada program Permata.

” Dalam keadaan ekonomi negara yang agak sukar apabila subsidi dipotong dan rakyat menanggung beban, lebih baik duit yang diperuntukan itu dibelanja pada benda yang lebih berguna,” kata Haniza.

7 comments:

  1. Dah berbuih mulut cakap....bn kena ingat kalau PR perintah mereka akan lakukan sepertimana Lee kuan yew lakukan,malahan Lagi kejam....contoh di Selangor dgn penang....!!!

    ReplyDelete
  2. pemimpin2 bn terutama umno memang lembik....selesa dgn kehidupan & kekayaan masing2 yg tak habis makan 7 keturunan...rakyat&negara nak jadi apa bukan keutamaan...kalau negara huruhara...beli tiket bawa keluarga cabut keluar negara...yg mampus rakyat ...dan penyokong2 yg jadi macai mereka...ini pendapat aku...bukan hasutan....ada setuju?

    ReplyDelete
  3. mungkin juga ada kebenaranya apa yang pembangkang katakan itu kerana tiada tindakan dari pehak kerajaan. lumrahnya seseorang itu akan bertindak balas keatas perkara perkara yang tidak benar yang dilemparkan keatas dirinya daripada berita itu merebak hingga boleh merosakkan imej dan keperibadianya.

    kesanya, pembangkang saperti yang kita sangkakan, punyai kilang "fitnah" untuk menternak ahli ahli yang berani menuntut "keadilan". "keadilan" mahkamah, "keadilan" jantina, "kesamarataan" dsb yang menjadi perjuangan mereka, yang kononya kerajaan telah bersikap tak adil dan berat sebelah.

    rakyat yang masih setia dengan kerajaan menerima padah dan tidak mustahil, atas alasan geram dan benci kepada kerajaan yang lemah dan lembab serta bingong, meninggalkan parti dan tidak lagi memberikan sokogan. bila pembangkang memerintah (na'uzubillah), tidak mustahil najib dan beberapa orang pemimpin kerajaan akan diheret kemahkamah untuk disabitkan kesalahan.

    ReplyDelete
  4. SETIAP TINDAKAN MUNGKIN BERSEBAB
    KITA MESTI INGAT THE BEST DEFEND IS " SURENDDER "
    DENGAN ERTI KATA LAIN MEMBIARKAN MEREKA MEMBUKA ( PEKUNG ) PERANGAI SENDIRI
    BAGI YANG BERAKAL TELUS PASTI DAPAT MENILAI KALANGAN MEREKA UTNUK KITA ANALISIS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu kalau x sedap hari2 putar pun akan jadi sedap....yang berakal mungkin sangat sedikit,yang x berakal majoriti masakan cerita black out Dan bangla pun mempercayai!!!!....fikiran Dan selamat berfikir!!!

      Delete
  5. selagi umno dan bn tidak ambil legal action dan sue mereka yang buat fitnah selagi itu lah mereka akan meneruskan mission mereka. kalah menang dalam court lain cerita..Semua salahkan umno dan bn sehingga kalau anwar berahim dan sekutu nya jalan tersandong batu jatuh kepala pecah benjol mereka akan salah kan najib .... ikut macam si anuar berahim dan LGE dan LKS ,cakap sikit -- "you cakap I sue you"
    sebetul nya najib dan umno semua malas dan lembik betul kata Anon 23.40 harus ikut macam Lee kuan yew cakap banyak pasal party pap atau pun konco konco mereke semua di court kan ..dulu aku selalu tengok d singpura jb jeyaretnam bos workers party sampai papa kedana di sue kan oleh lky ...
    jadi najib punca nya ... tidak ada BOLA , UMNO tak ada BOLA ...BN tiak ada BOLA....
    party pak lembik...harus agresif lah .... hancur lah GE14....melainkan mereka meformasikan UMNO dan BN dari sekarang .....kalau tidak ada perubahan apa kata kita semua sama sama jangan pergi undi .. boycott je... kadangkala aku meluat tengok si Najib...janji sana sini tapi... jadi PM terus hapuskan ISA tanpa tanya rakyat dulu ..tidak ada referendum ...dan Akta Hasutan janji pun nak di hapuskan ...sekarang PR dan Bar Council dan konco konco NGO tagih....atas segala janji yg di buat... memang patut pun Mahathir marah... say pun marah...anda bagaimana?

    ReplyDelete
  6. Takut kalah beb--kalau ambil tindakan keatas pemimpin PR yang kuat-kuat nanti hilang sokongan kepada BN pula..yang ketawa para penorah getah kerana mereka bukanya peduli siapa yang memerintah asalkan mereka dapat menoreh..ha ha ha

    ReplyDelete

Mengapa UMNO-BN dan Kerajaan Malaysia TERLALU TAKUT BERTINDAK Terhadap Fitnah Pemimpin-Pemimpin Pakatan Rakyat?

Friday 31 October 2014 ·


Di sana-sini, ceramah daripada para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PKR dibuat secara terbuka dan ceramah-ceramah tersebut menghentam dan menfitnah PERMATA secara terbuka. Bagamanapun, UMNO dan Barisan Nasional serta Kerajaan Malaysia mengambil sikap pasif dan enggan mempertahankan diri, taktik lapok yang akhirnya menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional kehilangan majoriti dua pertiga penguasaan di Parlimen.

Dari tahun 2008 apabila Anwar Ibrahim mula memainkan isu pembunuhan model Mongolia yang mempunyai hubungan dengan salah seorang yang rapat dengan Najib Abdul Razak untuk dikaitkan dengan Najib dan Rosmah Mansorr, pengurusan persepsi amat teruk. Pelbagai fitnah dibuat termasuklah yang dilakukan oleh Tian Chua, tidak diuruskan dengan sebaik-baiknya membuatkan golongan penfitnah semakin besar kepala dan meneruskan kegiatan mereka secara sewenang-wenangnya. Rakyat semakin percaya dengan fitnah-fitnah yang tidak berasas itu.

Apabila fitnah pembunuhan itu dikaitkan pula dengan pembelian dua buah kapal selam yang sebenarnya dibuat pada tahun 1995 iaitu pada zaman Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan lagi, ia semakin bercelaru. Tetapi sekali lagi pengurusan persepsi tidak dibuat dengan sebaik-baiknya. Para penasihat telah menasihatkan agar perkara berkenaan didiamkan dengan harapan, ianya tidak popular dan tiada lagi yang akan memperkatakannya.

Satu tanggapan yang silap dan salah memandangkan letusan teknologi maklumat mempercepatkan penyebaran segala maklumat sama ada betul atau tidak. Dan daya tarikan bagi setiap manusia adalah sesuatu yang bersifat sensasi. Lebih sensasi sesuatu berita itu dengan sedikit kaitan yang dilihat munasabah, akan lebih dipercayai berbanding fakta


BERITA:


Kegagalan pihak polis mengenakan sebarang tindakan terhadap fitnah yang dilakukan pihak pembangkang kononnya pemotongan subsidi semata-mata untuk program Permata Negara (Permata) akan memberi peluang kepada mereka (pembangkang) untuk terus memperbodohkan rakyat.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata pihak pembangkang akan mengambil peluang ini untuk terus memanipulasi usaha yang dilakukan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung Permata.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kegagalan pihak polis mengambil sebarang tindakan terhadap pembangkang selepas 20 hari laporan dibuat oleh beliau.

“Kenapa sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap pembangkang dan dimana Standard Operasional Prosedur (SOP) yang dilaungkan pihak polis sebelum ini,” katanya kepada media ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya hari ini.

Sebelum ini Naib Ketua Wanita PKR Haniza Talha mempertikai tindakan pihak kerajaan memotong subsidi rakyat dan memperuntukan RM 711 juta kepada program Permata.

” Dalam keadaan ekonomi negara yang agak sukar apabila subsidi dipotong dan rakyat menanggung beban, lebih baik duit yang diperuntukan itu dibelanja pada benda yang lebih berguna,” kata Haniza.

7 comments:

Anonymous said...
31 October 2014 at 23:40  

Dah berbuih mulut cakap....bn kena ingat kalau PR perintah mereka akan lakukan sepertimana Lee kuan yew lakukan,malahan Lagi kejam....contoh di Selangor dgn penang....!!!

Anonymous said...
1 November 2014 at 01:16  

pemimpin2 bn terutama umno memang lembik....selesa dgn kehidupan & kekayaan masing2 yg tak habis makan 7 keturunan...rakyat&negara nak jadi apa bukan keutamaan...kalau negara huruhara...beli tiket bawa keluarga cabut keluar negara...yg mampus rakyat ...dan penyokong2 yg jadi macai mereka...ini pendapat aku...bukan hasutan....ada setuju?

Anonymous said...
1 November 2014 at 07:10  

mungkin juga ada kebenaranya apa yang pembangkang katakan itu kerana tiada tindakan dari pehak kerajaan. lumrahnya seseorang itu akan bertindak balas keatas perkara perkara yang tidak benar yang dilemparkan keatas dirinya daripada berita itu merebak hingga boleh merosakkan imej dan keperibadianya.

kesanya, pembangkang saperti yang kita sangkakan, punyai kilang "fitnah" untuk menternak ahli ahli yang berani menuntut "keadilan". "keadilan" mahkamah, "keadilan" jantina, "kesamarataan" dsb yang menjadi perjuangan mereka, yang kononya kerajaan telah bersikap tak adil dan berat sebelah.

rakyat yang masih setia dengan kerajaan menerima padah dan tidak mustahil, atas alasan geram dan benci kepada kerajaan yang lemah dan lembab serta bingong, meninggalkan parti dan tidak lagi memberikan sokogan. bila pembangkang memerintah (na'uzubillah), tidak mustahil najib dan beberapa orang pemimpin kerajaan akan diheret kemahkamah untuk disabitkan kesalahan.

Anonymous said...
1 November 2014 at 08:57  

SETIAP TINDAKAN MUNGKIN BERSEBAB
KITA MESTI INGAT THE BEST DEFEND IS " SURENDDER "
DENGAN ERTI KATA LAIN MEMBIARKAN MEREKA MEMBUKA ( PEKUNG ) PERANGAI SENDIRI
BAGI YANG BERAKAL TELUS PASTI DAPAT MENILAI KALANGAN MEREKA UTNUK KITA ANALISIS

Anonymous said...
1 November 2014 at 10:31  

Lagu kalau x sedap hari2 putar pun akan jadi sedap....yang berakal mungkin sangat sedikit,yang x berakal majoriti masakan cerita black out Dan bangla pun mempercayai!!!!....fikiran Dan selamat berfikir!!!

Anonymous said...
1 November 2014 at 10:45  

selagi umno dan bn tidak ambil legal action dan sue mereka yang buat fitnah selagi itu lah mereka akan meneruskan mission mereka. kalah menang dalam court lain cerita..Semua salahkan umno dan bn sehingga kalau anwar berahim dan sekutu nya jalan tersandong batu jatuh kepala pecah benjol mereka akan salah kan najib .... ikut macam si anuar berahim dan LGE dan LKS ,cakap sikit -- "you cakap I sue you"
sebetul nya najib dan umno semua malas dan lembik betul kata Anon 23.40 harus ikut macam Lee kuan yew cakap banyak pasal party pap atau pun konco konco mereke semua di court kan ..dulu aku selalu tengok d singpura jb jeyaretnam bos workers party sampai papa kedana di sue kan oleh lky ...
jadi najib punca nya ... tidak ada BOLA , UMNO tak ada BOLA ...BN tiak ada BOLA....
party pak lembik...harus agresif lah .... hancur lah GE14....melainkan mereka meformasikan UMNO dan BN dari sekarang .....kalau tidak ada perubahan apa kata kita semua sama sama jangan pergi undi .. boycott je... kadangkala aku meluat tengok si Najib...janji sana sini tapi... jadi PM terus hapuskan ISA tanpa tanya rakyat dulu ..tidak ada referendum ...dan Akta Hasutan janji pun nak di hapuskan ...sekarang PR dan Bar Council dan konco konco NGO tagih....atas segala janji yg di buat... memang patut pun Mahathir marah... say pun marah...anda bagaimana?

Keris Jentayu said...
3 November 2014 at 00:35  

Takut kalah beb--kalau ambil tindakan keatas pemimpin PR yang kuat-kuat nanti hilang sokongan kepada BN pula..yang ketawa para penorah getah kerana mereka bukanya peduli siapa yang memerintah asalkan mereka dapat menoreh..ha ha ha

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks