Esok akan bermulalah hujahan daripada pasukan pendakwaraya yang diketuai oleh peguam yang sangat ditakuti dan dibimbangi oleh Anwar Ibrahim iaitu Shafie Abdullah. Keputusan rayuan Anwar Ibrahim dijangka diketahui pada Jumaat atau selewat-lewatnya hari Isnin minggu hadapan.
Selama dua hari jugalah pasukan peguam bela Anwar Ibrahim membuang peluang keemasan untuk membuktikan tiada kegiatan liwat berlaku dan zakar Anwar Ibrahim tidak melakukan penetrasi ke dubur Saiful sekaligus memancutkan air maninya sedalam 4 sentimeter dalam dubur Saiful.
Dalam keadaan terdesak pasukan peguambela Anwar Ibrahim yang diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram cuba meyakinkan panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara bahawa liwat itu berlaku secara SUKA SAMA SUKA dan ianya bukanlah satu kesalahan bagi pasukan pembela.
Menariknya tiada langsung cubaan untuk menyanggah atau menerangkan bagaimanakah fitnah berlaku sehongga air mani Anwar Ibrahim boleh berada di dalam dubur Saiful. Sebaliknya pasukan pembela sekadar berhujah dan berkisar tentang perkara-perkara teknikal termasuklah saksi-saksi yang kononnya tidak dipanggil sedangkan prosedur penghakiman dan perundangan telah diterangkan dalam sesi Mahkamah Tinggi dan Mahkmah Rayuan tidak lama dahulu.
Esok dijangka Shafie Abdullah akan menerangkan bagaimana air mani Anwar boleh berada dalam dubur Saiful dan bagaimana dengan menggunakan kuasanya, Anwar meliwat Saiful dan perbuatan liwat itu berlaku sama ada secara sukarela atau dipaksa.
Namun dalam kes ini yang membuat aduan adalah Saiful dan kedua-duanya tidak ditangkap ketika sedang mengadakan sesi liwat. Kes hanya diketahui setelah Saiful mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.
0 comments:
Post a Comment