Polis Diserang 'RAJA JUMAAT' Yang Titahkan Seorang Suspek Narkotik Dibebaskan Dari Lokap di Jempol

Friday 17 October 2014

Mungkin terpengaruh dengan kepercayaan mistik, seorang lelaki yang menyamar dan mengaku sebagai Raja Jumaat, menyerang anggota polis apabila polis enggan melepaskan seorang suspek narkotik di Jempol.

Kejadian berlaku pada 15 Oktober lebih kurang jam 9:40 malam. 3 orang lelaki Melayu telah datang ke IPD Jempol dan bertanyakan tentang tangkapan ke atas seorang lelaki Melayu bernama Duan.

Salah seorang daripada tiga orang lelaki tersebut tiba-tiba bersuara keras, "BETA RAJA JUMAAT. BETA DATANG UNTUK MELEPASKAN TAHANAN NAMA DUAN YANG NARKOTIK TANGKAP."

Salah seorang anggota polis telah meminta kad pengenalan lelaki berkenaan tetapi lelaki berkenaan dengan tegas berkata, "KAU KHADAM, KAU TIDAK LAYAK MINTA KAT PENGENALAN BETA."

Serentak dengan itu, dia telah melakukan serangan ke atas anggota polis berpangkat sarjan dan kopral yang berada di hadapannya. Lelaki tersebut telah mengeluarkan sebilah parang dari dalam lengan jaket sebelah kanan yang dipakainya dan menghayunkan parang berkenaan ke arah beberapa orang anggota polis di situ.

Serangannya telah menyebabkan lengan anggota berpangkat kopral tercedera akibat terkena parang yang diayunnya.

Polis kemudiannya berjaya menahan dan menangkap ketiga-tiga orang lelaki tersebut. Mereka adalah:

1) Mohd Sarulnizam bin Hashim
2) Mohamad Zulfadli bin Abu Bakar
3) Ishak bin Ahmad

Dalam kejadian tersebut, polis turut merampas sebilah parang, satu senjata kecil dalam beg berwarna coklat milik Mohd Sarulnizam bin Hashim, satu pas keselamatan yang dipakai oleh Ishak bin Ahmad dan jaket jeans berwarna biru pekat yang dipakai oleh Mohd Sarulnizam bin Hashim.

Mangsa serangan telah dihantar dan mendapat rawatan di Hospital Jempol. Hasil pemeriksaan awal oleh doktor bernama Dr. Jasbir Singh, mangsa mengalami kecederaan pada lengan kanan. Mangsa bagaimanapun tidak ditahan di wad.

Siasatan masih diteruskan.

1 comment:

Polis Diserang 'RAJA JUMAAT' Yang Titahkan Seorang Suspek Narkotik Dibebaskan Dari Lokap di Jempol

Friday 17 October 2014 ·

1 comments:

Iwan raihan said...
30 October 2016 at 14:41  

Taiko ... Kaki fight?

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks