Empat Lelaki Nigeria dan Seorang Wanita Tempatan Ditahan Kerana SINDIKET 'LOVE SCAM'

Wednesday 5 April 2017

Empat orang lelaki Nigeria dan seorang wanita warga tempatan telah ditahan kerana terbabit dalam sindiket 'love scam' hari ini. 

Pengarah Jabatan Jenayah Komersial (CCID) Comm Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis telah mengintip dan memantau sindiket tersebut untuk tempoh yang agak lama sebelum melancarkan operasi pada Selasa. 

"Kami telah menyerbu beberapa lokasi di Jalan Kelang Lama, Cyberjaya dan Damansara serta menangkap kesemua suspek yang berusia antara 28 sehingga 40 tahun," katanya. 

Menurutnya lagi, polis turut merampas empat buah kereta, 13 buah telefon tangan, 6 buah komputer riba, empat buah buku bank dan 6 kad ATM. 

Sindiket tersebut mencari mangsa-mangsa mereka menerusi media sosial dan membina hubungan secara dalam talian dengan mangsa-mangsa itu sebelum menipu mangsa agar memindahkan wang tunai kepada mereka. 

Sindiket dipercayai menggunakan pelbagai kaedah 'love scam' dan 'parcel scam' untuk memperdayakan mangsa. Setakat ini, kesemua suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan 43 kes yang melibatkan kerugian berjumlah RM950,000.

Dari Januari sehingga Mac tahun ini sahaja, 581 kes penipuan 'love scam' dan 'parcel scam' telah dilaporkan membabitkan kerugian berjumlah RM23.6 juta.

'Love scam' merujuk kepada kaedah penipuan di mana sindiket menjalin hubungan dengan mangsa menerusi Internet. Penipu yang menyamar sebagai 'kekasih' melahirkan hasrat untuk mengahwini mangsa di Malaysia tetapi telah 'ditangkap' sewaktu tiba. Mangsa kemudian diminta oleh sindiket untuk membuat sejumlah pembayaran bagi membebaskannya. 

Manakala 'parcel scam' pula, mangsa akan diyakinkan, juga menerusi media sosial, bahawa seseorang telah menghantar mereka satu bungkusan sebagai bukti cinta mereka. Seorang 'pegawai kastam' atau syarikat penghantaran akan menghubungi mangsa, menuntut bayaran cukai dan fi insuran untuk bngkusan tersebut. 

Bungkusan tersebut bagaimanapun, tidak akan dihantar dan sindiket tersebut akan berterusan meminta lebih banyak wang daripada mangsa.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Empat Lelaki Nigeria dan Seorang Wanita Tempatan Ditahan Kerana SINDIKET 'LOVE SCAM'

Wednesday 5 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks