Lelaki Filipina Ditembak Mati Selepas Tikam Isteri dan Cuba Bunuh Anggota Polis Yang Menenangkannya

Tuesday 4 April 2017

Seorang lelaki warganegara Filipina ditembak mati oleh polis selepas dia menyerang anggota polis ketika ditenangkan selepas menikam isterinya di Kampung Pondo, Pulau Gaya, Sabah, petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4:00 petang itu, suspek yang berusia 30-an telah menikam isterinya kerana mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain ketika suspek tiada di rumah. 

Anggota-anggota polis di Balai Polis Pulau Gaya telah mendapat maklumat suspek menikam isterinya yagn berusia 27 tahun di perut dalam pertengkaran di rumah mereka, sebelum mangsa dihantar ke hospital oleh jiran. Lapan orang anggota kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian bagi memujuk suspek yang masih memegang pisau untuk menyerah diri, namun lelaki terbabit mengancam untuk mencederakan polis dan dirinya sendiri jikalau didekati. 

Suspek kemudiannya mengejar anggota-anggota polis tersebut dengan bersenjatakan sebilah pisau dan melibas-libas senjata tersebut ke arah polis beberapa kali sambil mengeuarkan kata-kata ugutan, 'aku bunuh kau'. Seorang anggota polis terjatuh ke dalam laut dalam usaha menyelamatkan diri.

Suspek kemudiannya bertindak terjun ke dalam laut dengan pisau di tangan kanannya dan mengejar serta cuba menyerang dan mencederakan anggota polis berkenaan. 

Bagi menylamakan nyawa, rakan sekerja anggota polis terbabit telah melepaskan satu das tembakan ke arah suspek. Suspek kemudiannya dibawa menaiki bot untuk dikejarkan ke hospita tetapi ketika tiba di Pangkalan Polis Marin (PPM), pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth 1 mengesahkan suspek telah meninggal dunia.

Isteri suspek bagaimanapun dilaporkan stabil dan polis turut merampas sebilah pisau pemotong sayur berukuran 12 inci dan gunting di tempat kejadian. 

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

0 comments:

Post a Comment

Lelaki Filipina Ditembak Mati Selepas Tikam Isteri dan Cuba Bunuh Anggota Polis Yang Menenangkannya

Tuesday 4 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks