Ketua AMK Selangor Kata, PKR Tidak Perlukan Lagi Bantuan Tenaga Daripada PAS Untuk PRU Akan Datang

Sunday 9 April 2017

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor telah mengadakan retreat AMK Selangor dan majlis pelancaran jentera pilihanraya ke-14 Selangor di Tadom Hills Resort, Bukit Tadom, Kuala Langat. Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Zuraidah Kamaruddin yang merupakan Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita PKR Pusat. Majlis berkenaan telah dianjurkan oleh AMK Neger Selangor.

Seramai lebih kurang 60 hadir hadir dan mereka merupakan dari kalangan pemimpin AMK Pusat dan Negeri, AJK dan 18 orang Ketua Cabang dari 18 PKR Cabang Negeri Selangor. Antara yagn hadir termasuklah Dr. Afif Bahardin, Yaakob Sapari, Borhan Aman Shah, Afzainizam Rahman dan Shah Reeza bin Tuniman.

Antara yang menarik adalah ucapan Afzainizam Abdul Rahman yang merupakan Ketua AMK Selangor.

Menurutnya, PKR tidak lagi memerlukan sebarang sumbangan dan bantuan daripada 'baju hijau' (PAS) lagi. Sekaligus, PKR dan AMK tidak lagi memerlukan sumbangan dari segi bentuk tenaga kerja yang selama ini dinikmati oleh PKR dan AMK sepanjang pilihanraya.

Dalam setiap pilihanraya, sama ada pilihan raya kecil apatah lagi pilihanraya umum, PKR tidak mempunyai tenaga kerja pada peringkat bawahan. Kebanyakan ahli-ahli PKR berlagak seperti mereka adalah boss kepada PAS. Dari kerja-kerja rencam seperti menggantung sepanduk dan poster serta memasang bendera, sehinggalah ke peringkat menyediakan markas pilihanraya, PAS yang telah memberikan sumbangan besar kepada PKR dari tahun 1999 sehinggalah beberapa pilihanraya kecil selepas PRU-13.

Kenyataan dan ikrar Afzainizam itu sebenarnya seperti tidak melihat kain sendiri dan berasakan PKR terlalu kuat dengan kehadiran PAN dan Cap Bunga selain bantuan khusus daripada DAP.

Kenyataan Nik Abduh, Ahli Parlimen Pasir Mas bahawa PAS akan menawan Selangor pada PRU-14 nanti, ternyata begitu menggentarkan PKR. PKR Selangor sebenarnya sedang menghadapi masalah perpecahan yang teruk walaupun ianya tidak dihebah-hebahkan.

Perebutan kuasa melibatkan fraksi Azmin Ali dan Wan Azizah telah membahagi-bahagikan PKR Selangor. Beberapa usaha untuk memalukan dan menggulingkan Azmin Ali termasuklah yang digerakkan oleh Rafizi Ramli dengan bantuan Zuraidah Kamaruddin pernah didedahkan oleh media dan netizen.

Benarkah AMK dan PKR boleh bergerak sendiri tanpa sebarang bantuan daripada PAS sedangkan selama ini, PKR dan AMK adalah anak manja yang mengharapkan orang lain (PAS) yang buat kerja bagi pihak mereka?

Mampukah ahli-ahli AMK menggantung poster dan memasang bendera atau menyediakan markas-markas untuk PRU akan datang memandangkan semua kerja-kerja tersebut dilakukan oleh PAS selama ini?

Atau akhirnya, Afzainizam dan PKR Selangor terpaksa buat u-turn sebagaimana Azmin Ali yang sedang berusaha memujuk PAS supaya tidak menentang PKR, DAP, PAN dan CAP BUNGA di Selangor?

Program Retreat AMK Negeri Selangor 2017 yang diadakan di Tadom Hills Resort, Kuala Langat ini berlangsung selama 2 hari bermula 8-9 APR 2017. Antara pengisian program sepanjang Retreat AMK Negeri Selangor ini adalah Team Building / Slot Perkongsian Pimpinan, Pra Pelancaran Jentera AMK Selangor, Sesi Brainstroming Hala Tuju dan Perancangan Takwim AMK 2017. Namun kesemua intipati program dijalankan secara tertutup dan hanya peserta yang mempunyai pass sahaja dibenarkan untuk mengikuti sesi program yang telah diadakan.

Majlis pelancaran dan perasmian Retreat AMK Selangor 2017 ini diadakan di Dewan Terbuka Tadom Hills Resort, Kuala Langat dan AMK Cabang Kuala Langat telah dipilih sebagai tuan rumah penganjuran Retreat AMK Selangor pada tahun ini. Program Retreat AMK Selangor merupakan kali pertama diadakan di salah sebuah pusat peranginan terkenal di Kuala Langat yang dilihat sesuai sebagai tempat penganjuran program-program Kem Bina Semangat dan seumpamanya ditambah pula kedudukannya yang terletak di pinggir bandar.

Pada akhir program telah diadakan sesi penyerahan bendera parti kepada 18 Cabang AMK Selangor sebagai simbolik pelancaran program dan disusuli ikrar parti.

1 comment:

  1. Drpd zaman univ lg puak2 anwar mmg pandai dgn kertas kerja.. tajuk mmg bombastik tp bila tiba bab pelaksanaan hampeh..

    ReplyDelete

Ketua AMK Selangor Kata, PKR Tidak Perlukan Lagi Bantuan Tenaga Daripada PAS Untuk PRU Akan Datang

Sunday 9 April 2017 ·

1 comments:

Anonymous said...
11 April 2017 at 00:32  

Drpd zaman univ lg puak2 anwar mmg pandai dgn kertas kerja.. tajuk mmg bombastik tp bila tiba bab pelaksanaan hampeh..

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks