Elak Hilang Kelayakan Jadi Calon PKR Pada PRU-14, ADUN PKR Seri Setia Tarik Balik Rayuan Ketepikan Pertuduhan

Wednesday 19 April 2017

ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad telah menarik kembali rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang enolak permohoannya untuk mengenepikan tuduhan ke atasnya berkaitan Himpunan Black 505 empat tahun lalu. 

Peguam Nik Nazmi, Louis Liaw Vern Xien memberitahu panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Mohd Zawawi Salleh bahawa rayuan tersebut ditarik baik memandangkan anak guamnya telah mengaku bersalah setelah didakwa di bawah Akta Perhimpunan aman. 

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Liaw berkata, permohonan untuk mengenepikan dakwaan tersebut yang telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini, telah dibuat sebelum Nik Nazmi mengaku bersalah atas tuduhan.

"Memandangkan dia telah mengaku bersalah, tiada sebab lagi untuk mengenepikan tuduhan tersebut," katanya.

Pada 8 Disember tahun lepas, Nik Nazmi telah didenda RM1,500 selepas dia mengaku bersalah gagal memberikan notis 10 hari kepada polis sebelum himpunan Black 505 diadakan di Stadium MBPJ Kelana Jaya pada 8 Mei 2013. 

Pada mulanya, Nik Nazmi memohon untuk dibicarakan tetapi kemudian menukar kepada pengakuan bersalah apabila tuduhan dibaca kepadanya di hadapan Hakim Ghazali Cha. 

Nik Nazmi membayar denda tersebut.

Besar kemungkinan penarikan semula permohonan rayuan tersebut dibuat bagi mengelakkan denda dan hukuman yang lebih besar selepas pengakuan bersalahnya. Denda melebihi RM2000 dan penjara selama setahun akan menyebabkan Nik Nazmi hilang kelayakan sebagai ADUN dan turut kehilangan hak untuk menjadi calon PKR pada PRU akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Elak Hilang Kelayakan Jadi Calon PKR Pada PRU-14, ADUN PKR Seri Setia Tarik Balik Rayuan Ketepikan Pertuduhan

Wednesday 19 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks