Akhirnya ADAM ROSLY Proksi Zuraidah Kamaruddin Berbaju Oren SPRM

Friday 14 April 2017



Ketua AMK Ampang Adam Rosly tiba di kompleks mahkamah di Putrajaya untuk direman berhubung siasatan ke atas kekayaan luar biasanya. 

Dia tiba pada jam 9:25 pagi dengan memakai baju tahanan SPRM berwarna oren dan digiring oleh dua orang pegawai SPRM.

Adam, 29, dibawa menghadap majistret untuk keputusan reman. 



Dia telah ditahan semalam selepas membuat keterangan di hadapan para penyiasat berhubung kekayaan luar biasanya.

Kekayaannya mendapat perhatian tahun lepas selepas musuh politiknya mempersoalkan bagaimana dia mampu mengumpulkan kekayaan dalam tempoh yang singkat selain memiliki sebuah rumah banglo reka bentuk istana. 



Adam bagaimanapun, menafikan dan menolak dakwaan tersebut. Menurutnya dia memperolehi kekayaannya termasuklah wang untuk membeli banglo berharga RM1 juta itu menerusi perniagaan dan harta pusaka.

Dakwa Adam lagi, anugerah yang membawa gelaran Datuk dari Pahang itu juga adalah hasil daripada sumbangannya kepada beberapa projek di negeri itu. 


0 comments:

Post a Comment

Akhirnya ADAM ROSLY Proksi Zuraidah Kamaruddin Berbaju Oren SPRM

Friday 14 April 2017 ·



Ketua AMK Ampang Adam Rosly tiba di kompleks mahkamah di Putrajaya untuk direman berhubung siasatan ke atas kekayaan luar biasanya. 

Dia tiba pada jam 9:25 pagi dengan memakai baju tahanan SPRM berwarna oren dan digiring oleh dua orang pegawai SPRM.

Adam, 29, dibawa menghadap majistret untuk keputusan reman. 



Dia telah ditahan semalam selepas membuat keterangan di hadapan para penyiasat berhubung kekayaan luar biasanya.

Kekayaannya mendapat perhatian tahun lepas selepas musuh politiknya mempersoalkan bagaimana dia mampu mengumpulkan kekayaan dalam tempoh yang singkat selain memiliki sebuah rumah banglo reka bentuk istana. 



Adam bagaimanapun, menafikan dan menolak dakwaan tersebut. Menurutnya dia memperolehi kekayaannya termasuklah wang untuk membeli banglo berharga RM1 juta itu menerusi perniagaan dan harta pusaka.

Dakwa Adam lagi, anugerah yang membawa gelaran Datuk dari Pahang itu juga adalah hasil daripada sumbangannya kepada beberapa projek di negeri itu. 


0 comments:

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks