ADAM ROSLY, Proksi Zuraidah, Ditangkap SPRM Kerana Miliki Kekayaan Meragukan

Thursday 13 April 2017



Ketua AMK Ampang yang juga merupakan proksi Ahli Parlimen Ampang, Adam Rosly telah ditangkap dan ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan ke atas harta-harta kekayaannya yang luar biasa.

Sumber-sumber SPRM berkata, Adam, 28 tahun, telah digari dan digiring masuk ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Dia juga dikatakan telah disoalsiasat selama beberapa jam.

"Tangannya bergaru ketika tiba di lobi Ibu Pejabat SPRM pada jam 4:10 petang tadi sebelum dibawa ke lokasi lain," kata sumber berkenaan.


Adam Rosly menimbulkan kegemparan masyarakat awam, khususnya di Ampang apabila Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang tinggal di Ampang, Jamal Mohd Yunos membuat pendedahan berhubung kekayaan luar biasa Adam Rosly pada November tahun lepas.

Adam Rosly dikatakan memiliki sebuah rumah banglo yang dijuluki dengan gelaran 'Rumah Disneyland' selain memiliki beberapa buah kenderaan mewah lain, sekalipun sebelum menjadi pembantu Zuraidah Kamaruddin, dia hanyalah orang biasa, malahan tinggal di rumah PPRT. (RUJUK SINI)


0 comments:

Post a Comment

ADAM ROSLY, Proksi Zuraidah, Ditangkap SPRM Kerana Miliki Kekayaan Meragukan

Thursday 13 April 2017 ·



Ketua AMK Ampang yang juga merupakan proksi Ahli Parlimen Ampang, Adam Rosly telah ditangkap dan ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan ke atas harta-harta kekayaannya yang luar biasa.

Sumber-sumber SPRM berkata, Adam, 28 tahun, telah digari dan digiring masuk ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Dia juga dikatakan telah disoalsiasat selama beberapa jam.

"Tangannya bergaru ketika tiba di lobi Ibu Pejabat SPRM pada jam 4:10 petang tadi sebelum dibawa ke lokasi lain," kata sumber berkenaan.


Adam Rosly menimbulkan kegemparan masyarakat awam, khususnya di Ampang apabila Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang tinggal di Ampang, Jamal Mohd Yunos membuat pendedahan berhubung kekayaan luar biasa Adam Rosly pada November tahun lepas.

Adam Rosly dikatakan memiliki sebuah rumah banglo yang dijuluki dengan gelaran 'Rumah Disneyland' selain memiliki beberapa buah kenderaan mewah lain, sekalipun sebelum menjadi pembantu Zuraidah Kamaruddin, dia hanyalah orang biasa, malahan tinggal di rumah PPRT. (RUJUK SINI)


0 comments:

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks