Timbalan Ketua dan Naib Ketua Parti Bunga Bahagian Pandan Letak Jawatan Sebab Bosan Sikap Gelojoh dan Jengkel Ketua Bahagian

Thursday 13 April 2017



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) nampaknya terus bergolak walaupun belum pun mengadakan Perhimpunan Agungnya yang pertama.

Berita tentang pergolakan dalaman parti tersebut terus terdedah dari semasa ke semasa. Perebutan jawatan, kekecewaan kerana tidak diberikan jawatan setelah berhempas pulas menubuhkan parti berkenaan, tidak berpuas hati kerana gila kuasa dan sebagainya, terus kedengaran.

PPBM Negeri yang paling teruk bergolak adalah Perak dan Negeri Sembilan. Rembau dan Pendang pula menyaksikan, perintis-perintis dikesampingkan sehingga menyebabkan ahli keluar parti. GKCM yang merupakan antara yang terawal menentang Najib dan kemudian mendokong Mahathir untuk menubuhkan parti yang berlambangkan bunga raya itu juga sudah menarik kembali sokongan mereka.


Terbaharu, Tuan Haji Abu Hassan meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua PPBM Pandan serta-merta. Tindakannya itu didorong oleh rasa kecewanya terhadap sikap buruk Ketua PPBM Pandan yang keterlaluan dan menjengkelkan.

Naib Ketua PPBM Pandan, Khalid Md Said turut  meletak jawatan. Alasannya juga sama seperti Abu Hassan iaitu sikap gelojoh dan buruk perangai Hazli Sazali yang merupakan Ketua Penaja PPBM Bahagian Pandan.

Difahamkan, ramai lagi AJK Penaja Bahagian Pandan akan meletak jawatan dalam masa yang terdekat.


0 comments:

Post a Comment

Timbalan Ketua dan Naib Ketua Parti Bunga Bahagian Pandan Letak Jawatan Sebab Bosan Sikap Gelojoh dan Jengkel Ketua Bahagian

Thursday 13 April 2017 ·



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) nampaknya terus bergolak walaupun belum pun mengadakan Perhimpunan Agungnya yang pertama.

Berita tentang pergolakan dalaman parti tersebut terus terdedah dari semasa ke semasa. Perebutan jawatan, kekecewaan kerana tidak diberikan jawatan setelah berhempas pulas menubuhkan parti berkenaan, tidak berpuas hati kerana gila kuasa dan sebagainya, terus kedengaran.

PPBM Negeri yang paling teruk bergolak adalah Perak dan Negeri Sembilan. Rembau dan Pendang pula menyaksikan, perintis-perintis dikesampingkan sehingga menyebabkan ahli keluar parti. GKCM yang merupakan antara yang terawal menentang Najib dan kemudian mendokong Mahathir untuk menubuhkan parti yang berlambangkan bunga raya itu juga sudah menarik kembali sokongan mereka.


Terbaharu, Tuan Haji Abu Hassan meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua PPBM Pandan serta-merta. Tindakannya itu didorong oleh rasa kecewanya terhadap sikap buruk Ketua PPBM Pandan yang keterlaluan dan menjengkelkan.

Naib Ketua PPBM Pandan, Khalid Md Said turut  meletak jawatan. Alasannya juga sama seperti Abu Hassan iaitu sikap gelojoh dan buruk perangai Hazli Sazali yang merupakan Ketua Penaja PPBM Bahagian Pandan.

Difahamkan, ramai lagi AJK Penaja Bahagian Pandan akan meletak jawatan dalam masa yang terdekat.


0 comments:

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks