Viral Anggota TLDM Yang Jatuh Ke Laut Telah Ditemui Adalah Palsu, TLDM Masih Teruskan Operasi SAR

Tuesday, 18 April 2017

Sedang tular di media sosial adalah berita membabitkan seorang anggota tentera laut (TLDM) yang jatuh ke laut. Sudah ada teori-teori rambang, termasuklah anggota tentera tersebut sedang tidur di satu tempat tersembunyi dan dia telah ditemui.

Berita 'penemuan' tersebut kini tular di media-media sosial.

Bagaimanapun, 'penemuan' tersebut adalah palsu. Tular berita tersebut sengaja dicipta oleh seseorang untuk memperlekehkan gerakan mencari yang dilakukan oleh TLDM selain cuba mendapat perhatian.

Semalam TLDM mengesahkan seorang anggota KD Perantau yang dilihat kali terakhir di bilik rehat kapal tersebut sebelum hilang pada pukul 9:00 pagi, dipercayai jatuh ke dalam laut.

Ketika kejadia, kapal berkenaan dalam perjalanan pulang ke Pangkalan TLDM Lumut Perak selepas enam hari berada di Sabah.

TLDM kemudiannya menggerakkan operasi mencari dan menyelamat ke kawasan seluas lebih 9,000 kilometer persegi di perairan Sabah dan Sarawak untuk mencari anggota yang belum dinamakan itu. Aset-aset yang digerakkan adalah pesawat Super Lynx dan Beechcraft B200T, kapal KD Selangor, KD Perantau, KD Serang dan MV Mega Bakti.

Turut terlibat adalah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggunakan kapal KM Tabah.

Kehilangan tersebut telah diumumkan oleh Markas Wilayah Laut 2 menerusi Navigation Telex (Navyex) untuk disiarkan kepada kapal-kapal. Maklumat turut disalurkan kepada Petronas East Logistic Command dan Persatuan Nelayan di perairan Bintulu dan Miri (Sarawak) bagi membantu pencarian.

0 comments:

Post a Comment

Viral Anggota TLDM Yang Jatuh Ke Laut Telah Ditemui Adalah Palsu, TLDM Masih Teruskan Operasi SAR

Tuesday, 18 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks