Warganegara Singapura Belasah Anjing Pengawal Di Puchong, Minta Maaf Selepas Teruk Dikecam Netizen

Sunday 9 April 2017

Seorang warga Singapura yang berjaya dirakamkan oleh CCTV sedang membelasah anjing pengawal di Puchong berkata, dia kesal dengan tindakannya dan menawarkan khidmat untuk merawat anjing berkenaan. Bagaimanapun, penduduk di kawasan perumahan tersebut tidak menerima permohonan maafnya.

Terry Yee, orang yang dikenalpasti menerusi rakaman CCTV yang kemudian viral menerusi media sosial Khamis lepas, mendakwa dia hilang sabar selepas diserang oleh anjing tersebut berkali-kali. 

"Saya bertindak melampau. Saya memohon maaf kerana bertindak melampau dan membelasah anjing itu yang tidak sepatutnya saya lakukan," katanya.

Yee memiliki seekor anjing peliharaan yang dibawanya dari Singapura.

Dia turut mendakwa memiliki dan memelihara beberapa jenis haiwan lain seperti kucing, ikan dan burung. 

"Saya menyayangi haiwan tetapi hari itu saya hilang sabar. Sabtu lepas, saya telah diserang ketika hujan dan hilang cincin perkahwinan saya. Pada Ahad, saya diserang lagi. Saya telah diserang sebanyak enam kali. Mereka (pihak pengurusan) sepatutnya mempunyai rakaman tersebut, tetapi mereka hanya menunjukkan satu sahaja di mana saya mempertahankan diri saya dan saya diperlihatkan sebagai penyerang."

Menurut Yee, dia tidak mempunyai niat untuk mencederakan anjing yang dimiliki oleh pengawal keselamatan. Dia hanya bertindak begitu kerana kecewa setelah diserang beberapa kali dan tidak mendapat sebarang bantuan daripada pengawal-pengawal keselamatan untuk mempertahankan ndirinya. 

Bagaimanapun, pengawal yang bertugas pada masa kejadian menafikan dakwaan Yee.

"Anjing kami, Furby, suka bermain dan penyayang dan tidak pernah menyerang sesiapa pun. Anda boleh bertanya kepada penduduk-penduduk di sini," kata seorang penduduk yang memperkenalkan namanya sebagai D. Mariayee.

Menurutnya, anjing milik Yee dan Furby sering menyalak sambil menggoyangkan ekor masing-masing apabila bertemu. 

"Saya rasa kedua-dua anjing itu ingin bermain bersama-sama," katanya. 

D. Mariayee berkata, Yee telah menghalaunya apabila dia cuba menghalang Yee daripada membelasah Furby. 

Jurucakap persatuan penduduk juga menegaskan, Furby bukanlah anjing yang suka menyerang. 

"Furby adalah anjing yang suka bermain dan selalu meronda kawasan perumahan ini tanpa sebarang masalah. Saya sangat terkejut apabila diberitahu, anjing itu menyerang seseorang sebanyak enam kali."

Jurucakap itu juga berkata, persatuan tidak pernah menerima sebarang aduan daripada Yee tentang serangan yang didakwanya. 

Menurutnya lagi, persatuan penduduk telah memberikan kerjasama kepada polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Warga Singapura itu dikecam oleh rakyat Malaysia selepas video berdurasi 2 minit 43 saat yang menunjukkan dia membelasah seekor anjing dengan kejam, disiarkan secara meluas di Internet. 

Di dalam video tersebut, Yee dilihat terjatuh dari basikalnya selepas Furby terlepas dari ikatan dan menyalak ke arahnya sekaligus mendorong perbuatan zalim itu berlaku. 

OCPD Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, mereka telah menyoalsiasat Yee dan kes trsebut sedang disiasat.

SUMBER

1 comment:

Warganegara Singapura Belasah Anjing Pengawal Di Puchong, Minta Maaf Selepas Teruk Dikecam Netizen

Sunday 9 April 2017 ·

1 comments:

Old Peach said...
11 May 2017 at 14:41  

#JusticeForFurby

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks