Dilapor HILANG Di Jakarta, Rupa-Rupanya Ada Dalam Lokap

Monday 10 April 2017

Misteri kehilangan dua sahabat karib dari Selangor yang berkunjung ke Jakarta sejak 30 Mac lepas akhirnya terjawab apabila kedua-dua mereka akhirnya ditemui di dalam lokap balai polis di sini.

Mohamad Shafa Ahmad, 29, dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, kini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Kedua-dua mereka sebenarnya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini pada 30 Mac setelah polis menemui beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik melalui pemeriksaan badan mereka berdua.

Seorang ahli perniagaan Malaysia di Jakarta Datuk Dr Fauzi Mohamad memberitahu Bernama beliau kini cuba memberi bantuan untuk melantik peguam bagi membantu kedua-dua rakyat Malaysia itu.

"Saya dimaklumkan bahawa mereka didapati membawa dadah dan dipercayai untuk kegunaan sendiri tetapi ia tetap menyalahi undang-undang negara ini dan kita sedang berusaha untuk membantu mereka dengan melantik peguam sementara menunggu tindakan selanjutnya," kata beliau.

Fauzi berkata beliau dan isteri Datin Zaitun Evitania telah beberapa kali berkunjung ke balai polis Seksyen Lapangan Terbang untuk bertemu dengan kedua-dua pemuda itu.

"Mereka dalam keadaan baik, malah isteri saya juga membawa makanan kepada mereka di lokap polis," katanya lagi.

Mohamad Shafa dan Kamarol Arifin masing-masing bekerja sebagai penghantar surat dan juruteknik kilang dilaporkan hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 2 petang 29 Mac lepas dari KLIA2.

Dua sahabat baik itu berasal dari Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor dilaporkan hilang di Jakarta, Indonesia sejak 30 Mac lalu dan mereka mengunjungi ibu kota ini untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo di sini.

Waris kedua-dua lelaki berkenaan membuat laporan mengenai kehilangan setelah mereka tidak menghubungi keluarga sejak tiba di Jakarta dan dilaporkan tidak mendaftar masuk ke hotel yang ditempah.

Keadaan menjadi bertambah keliru apabila seorang daripada mereka kononnya dilaporkan telah pulang melalui Johor Bahru dan dikatakan menyembunyikan diri. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Dilapor HILANG Di Jakarta, Rupa-Rupanya Ada Dalam Lokap

Monday 10 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks