Selepas Lakukan Penghinaan, Nanyang Siang Pau Mohon Maaf Kepada Pandikar dan Hadi Awang

Tuesday 11 April 2017



Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau hari ini memohon maaf kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penyiaran kartun yang dianggap menghina kedua-dua pemimpin itu.

Akhbar itu dalam satu kenyataan berkata mereka memohon maaf dan mengakui penyiaran kartun itu adalah tidak wajar untuk tatapan umum.

"Pihak kami juga telah menarik balik kartun sama yang disiarkan di laman berita Nanyang Siang Pau, iaitu eNanyang.my," menurut kenyataan itu.

Pada 8 April lepas, akhbar berkenaan menyiarkan sebuah kartun di portal mereka, yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai 'speaker' manakala seekor lagi monyet memakai serban dan diberi label 'Hadi Awang'.

Kedua-dua monyet berkenaan digambarkan sedang bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang diberi label 'Akta 355'. - BERNAMA

1 comment:

  1. DAMAGE HAD BEEN DONE. JUST LIKE HANGING AN INNOCENT CONVICT. HE WAS ACTUALLY NOT GUILTY BUT WAS HANGED. IT IS TOO LATE TO SAY SORRY AS THE POOR GUY IS DEAD. TYPICAL MENTALITY OF NORTH KOREA.

    ReplyDelete

Selepas Lakukan Penghinaan, Nanyang Siang Pau Mohon Maaf Kepada Pandikar dan Hadi Awang

Tuesday 11 April 2017 ·



Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau hari ini memohon maaf kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penyiaran kartun yang dianggap menghina kedua-dua pemimpin itu.

Akhbar itu dalam satu kenyataan berkata mereka memohon maaf dan mengakui penyiaran kartun itu adalah tidak wajar untuk tatapan umum.

"Pihak kami juga telah menarik balik kartun sama yang disiarkan di laman berita Nanyang Siang Pau, iaitu eNanyang.my," menurut kenyataan itu.

Pada 8 April lepas, akhbar berkenaan menyiarkan sebuah kartun di portal mereka, yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai 'speaker' manakala seekor lagi monyet memakai serban dan diberi label 'Hadi Awang'.

Kedua-dua monyet berkenaan digambarkan sedang bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang diberi label 'Akta 355'. - BERNAMA

1 comments:

Anonymous said...
11 April 2017 at 13:00  

DAMAGE HAD BEEN DONE. JUST LIKE HANGING AN INNOCENT CONVICT. HE WAS ACTUALLY NOT GUILTY BUT WAS HANGED. IT IS TOO LATE TO SAY SORRY AS THE POOR GUY IS DEAD. TYPICAL MENTALITY OF NORTH KOREA.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks