Bukan Diculik Tapi Lari Ke Thailand dan Polis Ada Bukti-Buktinya

Wednesday 12 April 2017

PKR cuba menimbulkan keresahan awam dengan membesar-besarkan tentang 'kehilangan' pembantu R.Sivarasa yang juga merupakan kawan rapat juruterbang MH370 yang masih hilang sehingga ke hari ini, Peter Chong. 

Bagaimanapun, bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, yang dilaporkan hilang, dikesan memasuki Thailand dan tidak diculik sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan oleh PKR. 

Menurut Ketua Polis Negara, pihak berkuasa mempunyai bukti, Chong memasuki sempadan menerusi checkpoint imigresen di Kedah pada Jumaat lepas. 

"Saya ingin mengesahkan bahawa Peter Chong telah menyeberang masuk ke Thailand pada jam 6:30 pagi pada 7 April dengan menggunakan sebuah bas. Dia kini berada di Thailand. Kami mempunyai gambar dia menyeberangi sempadan di Kayu Hitam," kata Ketua Polis Negara dalam satu sidang media di Bukit Aman hari ini.

Menurut Khalid, polis masih belum mengenalpassti punca sebenar Chong ke Thailand. 

Menurutnya, polis akan mengambil tindakan sekiranya Chong berpura-pura hilang agar ia kelihatan seperti diculik. 

"Dia telah meninggalkan negara ini dan kami tidak tahu puncanya. Dia mungkin melarikan diri kerana hutang," katanya sambil menambah pihak berkuasa Malaysia sedang bekerjasama dengan Thailand untuk mengesan Chong. 

Khalid turut menggesa Chong agar segera menghubungi keluarganya yang telah membuat laporan polis pada Sabtu lepas. 

"Saya berharap, dia akana menghubungi keluarganya dan memberitahu mereka, dia dalam keadaan selamat dan mengapa dia melarikan diri ke Thailand, melainkan dia sengaja berbuat begitu," katanya lagi. 

Lima aktivis dilaporkan hilang semenjak November tahun lepas, sekaligus menyebabkan DAP dan PKR menjadikannya sebagai isu yang boleh dipolitikkan di samping menyalahkan pihak polis. 

Chong dilaporkan hilang minggu lepas selepas dia memuatnaikan pesanan di Facebook kononnya dia telah diingatkan oleh seseorang yang tidak dikenali bahawa jumlah orang hilang semakin meningkat dan dia perlu berhati-hati. 

Selain Chong, aktivis-aktivis lain yang turut hilang termasuklah pengasas Perlis Hope Amri Che Mat, Paderi Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth dan Paderi Raymond Koh.

0 comments:

Post a Comment

Bukan Diculik Tapi Lari Ke Thailand dan Polis Ada Bukti-Buktinya

Wednesday 12 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks