Posting Biadap Chauvinist 'Ketua Polis Negara Mati Ditembak IS' Perlu Disiasat dan Pemilik Akaun Dihukum

Tuesday 4 April 2017

Bukan sahaja makin melampau, bahkan sangat BIADAP dan KURANG AJAR!

Semakin ramai yang mendesak agar pihak berkuasa, khususnya PDRM dan SKMM mengambil tindakan ke atas pemilik akaun Facebook yang menamakan dirinya sebagai Alven Chow Chow.

Pemilik akaun tersebut telah memuatnaikkan gambar Ketua Polis Negara dan kenyataan yang berbunyi:

"RIP:
Saya ingin mengisytiharkan bahawa pada hari ini 03 April 17 ketua polis negara telah ditembak mati oleh IS kumpulan di Selangor."

Sebelum itu, sebelum posting tentang Ketua Polis Negara, individu yang sama telah memuatnaikkan gambar Perdana Menteri Malaysia pada jam 6:55 pagi dengan kenyataan yang berbunyi:

"Saya ingin mengistiharkan bahawa pd hari ini 03 April 17 Mohd najib bin tun razak telah dipecat oleh Yang dipertuan agong Malaysia Semua Media harap maklum"

Tindakan seharusnya diambil terhadap individu ini yang cuba menimbulkan kekacauan dengan berita palsu sekaligus menimbulkan panik di kalangan orang ramai.

Kebebasan bersuara yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia tidak bermakna sesiapa pun bebas mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam kestabilan dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi dengan ancaman keselamatan daripada ekstremis yang cuba dibanteras oleh pihak berwajib sekarang ini menerusi kerja keras.

Individu berkenaan mungkin berasakan dia terlalu kebal. Bagaimanapun, dia sendiri telah memuatnaikkan gambarnya sekaligus satu lagi pendedahan membabitkan gambar kad pengenalannya oleh netizen, mengesahkan individu tersebut sememangnya wujud.

0 comments:

Post a Comment

Posting Biadap Chauvinist 'Ketua Polis Negara Mati Ditembak IS' Perlu Disiasat dan Pemilik Akaun Dihukum

Tuesday 4 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks