Maaf Zairil, Kamu Urus Sendiri Masalah Kamu - DAP Pulau Pinang

Thursday, 20 April 2017

Kebimbangan Zairil Khir Johari sehingga dia tidak berani mengaku lelaki di dalam gambar-gambar yang sedang tular di media-media sosial adalah dirinya, ada asasnya.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini berkata, Zairil perlu menguruskan masalah itu sendiri. Zairil telah pun memberikan penjelasan kepada Chow Kon Yeow dan Lim Guan Eng semalam. 

Isu yang sama pernah melanda Zairil Khir Johari dua kali sebelum ini. Dua kali jugalah, Zairil menafikan orang di dalam gambar itu adalah dirinya dan gambar-gambar tersebut adalah palsu walaupun dia tidak memberikan sebarang bukti tentang pemalsuan gambar-gambar berkenaan. 

Zairil Khir Johari adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera dan juga SETPOL Lim Guan Eng. Selain itu, Zairil Khir Johari turut menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP. Dia juga adalah Pengerusi DAP Kedah yang dilantik sendiri oleh Lim Guan Eng selepas mengenepikan Pengerusi DAP Kedah sebelum itu, Lee Guan Aik dalam satu keputusan kukubesi oleh Lim Guan Eng.

Umum mengetahui, DAP sedang bertungkus lumus cuba meraih sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu seramai mungkin. Ketiadaan PAS di dalam Pakatan yang diketuai oleh DAP, menyukarkan DAP untuk tujuan tersebut. Walaupun DAP masih bekerjasama dengan PKR, PAN dan PPBM, sokongan orang Melayu seperti yang dinikmati ketika PAS masih bersama-sama DAP semakin menurun.

DAP mempunyai cita-cita besar untuk menguasai lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen termasuklah di kerusi-kerusi yang pernah ditandingi dan disandang oleh PAS sekarang ini terutama di Selangor. 

Isu yang melanda Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya sedikit sebanyak mencalarkan serta membantutkan usaha-usaha DAP untuk tujuan itu.

0 comments:

Post a Comment

Maaf Zairil, Kamu Urus Sendiri Masalah Kamu - DAP Pulau Pinang

Thursday, 20 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks