Sarang PATI di Lahad Datu Digempur, 35 Orang Ditahan Kerana Tiada Dokumen Pengenalan Diri Yang Sah

Monday 10 April 2017

Ada perubahan besar semenjak Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia bertukar. Semenjak bulan Ogos 2016 sehinggalah sekarang, Jabatan Imigresen Malaysia di bawah kepimpinan Ybhg Datuk Seri Haji Mustafar Haji Ali sudah berubah secara drastik terutama yang membabitkan operasi pembanterasan pendatang-pendatang asing tanpa izin serta operasi mengesan kad pengenalan palsu yang berleluasa di kalangan pendatang.

Awal pagi 8 April 2017, seramai 35 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah berjaya ditahan dalam Operasi Bersepadu yang melibatkan pegawai-pegawai serta anggota-anggota daripada IPD Lahad Datu, Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) dan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) di Kampung Panji, Lahad Datu.

Seramai 104 orang individu telah diperiksa dalam operasi tersebut yang bermula seawal jam 2:30 pagi.

Daripada jumlah yang diperiksa, seramai 35 orang PATI yang terdiri daripada 24 orang warga Filipina dan 11 orang warga Indonesia telah ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Operasi telah mensasarkan kawasan perumahan setinggan PATI dalam kawasan bandar yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

Mereka yang ditahan telah dibawa ke IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Diharapkan operasi-operasi sebegini akan terus dipergiatkan selain kawalan ke atas pintu masuk sempadan diperketatkan bagi mengekang pencerobohan oleh PATI serta anasir-anasir subversif yang bertujuan merosakkan keharmonian dan kesejahteraan negara ini.

0 comments:

Post a Comment

Sarang PATI di Lahad Datu Digempur, 35 Orang Ditahan Kerana Tiada Dokumen Pengenalan Diri Yang Sah

Monday 10 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks