Walaupun Sangat Menyerupai Mukanya, Zairil Tetap Kata Gambar-Gambar Dia Berasmara Dengan Dyana Sofya Adalah Gambar-Gambar Palsu

Thursday 20 April 2017

Melihat 'tindakan' DAP Perak ke atas Dyana Sofya yang dipinggirkan namanya daripada menjadi calon DAP pada PRU akan datang, Zairil Khir Johari terpaksa mengulangi dalih lamanya. 

Dan sekalipun wajah dan tubuh lelaki yang terdapat di dalam gambar serta klip video berkenaan benar-benar menyerupai dia, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari menafikan, dia adalah orangnya di dalam gambar tersebut

Kata Zairil, gambar-gambar tersebut semuanya palsu semata-mata. 

Selasa lalu, gambar-gambar satu pasangan yang menyerupai Zairil dan Dyana Sofya telah disiarkan secara meluas menerusi media sosial. 

Dyana Sofya dalam reaksinya memberitahu, itu adalah serangan peribadi kali ketiga ke atasnya. Manakala ibu Dyana Sofya pula berang kerana privasi anaknya diganggu. 

"Tidak! Itu bukan saya! Jelas, itu adalah usaha untuk memburuk-burukkan saya dengan serangan peribadi. Semuanya adalah palsu dan itu sahajalah yang boleh saya katakan," katanya menerusi mesej WhatsApp. (RUJUK SINI)

Dalam gambar-gambar yang tersiar itu, sepasang kekasih sedang duduk di meja makan sebuah restoran dengan ditemani oleh sekurang-kurangnya dua orang yang lian. 

Wanita di dalam gambar tersebut sangat menyerupai Dyana Sofya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa DAPSY yang dilantik dengan pengaruh besar Lim Kit Siang. 

Dalam status di Facebooknya, Dyana Sofya berkata, penyiaran gambar-gambar tersebut adalah serangan peribadi ke atasnya ketiga dalam tempoh dua bulan. Menurutnya, tidak kira siapa pun di dalam gambar atau video yang mana dia didakwa terlibat, itu merupakan pencerobohan privasi dalam kehidupan seseorang. 

"Saya sedih kerana budaya politik kita sampai ke tahap ini. Saya tidak ada masa untuk melayan serangan-serangan peribadi begini," katanya. 

Dalam salah satu gambar, wanita di dalam gambar itu melentokkan kepalanya ke bahu lelaki di sebelahnya sambil sebelah tangan lelaki tersebut memeluknya dan mereka saling bergenggaman tangan.

Gambar-gambar yang lain pula menunjukkan mereka dalam keadaan berkucupan. 

Lelaki yang mengucup wanita tersebut bagaimanapun terlindung dalam satu gambar lain yang menunjukkan wanita berkenaan menogok dari sebuah gelas wain yang besar. 

Itu bukanlah kali pertama gambar-gambar tersebut muncul. 

Awal bulan lepas, dua klip video muncul di Internet yang menunjukkan lelaki yang menyerupai Zairil, memeluk seorang wanita berambut panjang di dalam sebuah lokasi yang menyerupai bahagian dalam sebuah kelab. 

Dalam klip yang pertama, lelaki yang menyerupai Zairil, menari dan kemudian didatangi seorang wanita. Dalam klip kedua, lelaki tersebut memeluk wanita berkenaan. 

Tidak jelas, di mana atau bila klip tersebut dirakamka. 

Pada Oktober 2014, Zairil menjadi bahan berita apabila gambar-gambar seorang lelaki, yang sangat-sangat menyerupai sedang berkucupan dengan seorang wanita di dalam kereta menjadi tular. 

Wanita di dalam gambar itu sangat menyerupai Dyana Sofya. Pada ketika itu, dia adalah calon DAP untuk PRK Teluk Intan.
Walaupun terdapat berita mengatakan gambar-gambar tersebut telah dimuatnaik oleh isteri Zairil yang berang kerana kecurangan Zairil, Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera itu tidak memberikan sebarang komen melainkan berdalih mengatakan gambar-gambar tersebut adalah palsu.

0 comments:

Post a Comment

Walaupun Sangat Menyerupai Mukanya, Zairil Tetap Kata Gambar-Gambar Dia Berasmara Dengan Dyana Sofya Adalah Gambar-Gambar Palsu

Thursday 20 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks