Suspek Pecah Masuk Pejabat MB Kelantan Telah Pun Dikenalpasti

Tuesday 18 April 2017

Polis telah mengenalpasti suspek yang dipercayai memecah masuk ke pejabat Perbendaharaan Negeri dan Menteri Besar Kelantan di Kompleks Darulnaim di Jalan Kuala Krai semalam. 

Timbalan OCPD Kota Bharu, Superintendent Setapa Yusoff berkata, polis telah mengenalpasti suspek berusia 39 tahun menerusi rakaman CCTV yang diperolehi dari pejabat berkenaan. 

Menurutnya, siasatan lanjut menunjukkan suspek memecah masuk ke pejabat berkenaan antara jam 2:00 pagi dan 3:00 pagi semalam. 

"Siasatan mendapati lelaki tersebut mempunyai 13 rekod jenayah lampau dan polis akan memberkasnya dalam masa terdekatnya," katanya kepada wartawan di pejabatnya hari ini. 

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 

Perbuatan pPecah masuk ke kedua-dua pejabat tersebut telah dikesan oleh kakitangan pejabat yang tiba di kompleks tersebut pada jam 8:00 pagi untuk memulakan kerja semalam. Mereka mendapati kedua-dua pejabat telah diselongkar dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa. 

SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Suspek Pecah Masuk Pejabat MB Kelantan Telah Pun Dikenalpasti

Tuesday 18 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks