Hanya Kerana Takut Dihalau dan Tidak Boleh Mengundi, Akhirnya Kit Siang Tutup Mulut dan Dengar RUU355

Thursday 6 April 2017

Hari ini, sekali lagi rakyat Malaysia yang menonton siaran secara langsung sidang Dewan Rakyat dalam talian menyaksikan gelagat mengalahkan budak-budak terencat akal yang ditunjukkan oleh Ahli-Ahli Parlimen khususnya dari DAP.

Kerajaan telah meminta Speaker Dewan Rakyat memberikan prioriti kepada usul yang dibawa oleh Presiden PAS berkenaan RUU355. Jadi, sebaik-baik sahaja nama Abdul Hadi Awang dipanggil oleh Speaker untuk membacakan usul tersebut, bermulalah gelagat BESAR KEPALA Ahli-Ahli Parlimen DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang. Usaha untuk melengah-lengahkan usul pun bermula, sekaligus cubaan DAP untuk menunjukkan betapa berkuasa dan kuatnya mereka menentang orang Islam dan undang-undang untuk orang Islam di negara ini walaupun undang-undang tersebut tidak kena mengena langsung dengan mereka.

Lim Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah bangun membacakan Peraturan Mesyuarat dan mendakwa rang undang-undang persendirian yang difailkannya sebelum itu telah ditolak oleh Speaker.

Lee Boon Chye, Ahli Parlimen PKR Gopeng turut serta memperkukuhkan penentangan Lim Kit Siang dengan mempersoalkan kewajaran usul Abdul Hadi Awang diberikan keutamaan berbanding usul  pembangkang yang lain.

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia kemudiannya menjelaskan bahawa KERAJAAN YANG MEMINTA SUPAYA USUL HADI DIBERIKAN KEUTAMAAN dan sebelum ini, Hadi telah meminta untuk menangguhkan usul itu selepas memindanya.

Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen DAP Puchong yang juga seorang peguam, cuba menggunakan kepakarannya sebagai seorang peguam di Dewan Rakyat dengan mempersoalkan perkara yang sama, sambil cuba menjadikan Speaker tertekan dan berasa bodoh. Tujuannya adalah supaya Abdul Hadi Awang dihalang daripada menghuraikan usul persendiriannya.

Keadaan terus kecoh. Kit Siang tetap mempersoalkan keputusan Speaker. Akhirnya Speaker membuat keputusan, sesiapa yang terus membuat kecoh, akan diarahkan keluar Dewan, sekaligus tidak akan dibenarkan terlibat dalam undi RUU355.

Barulah Kit Siang dan konco-konconya tutup mulut dan duduk diam-diam di kerusi masing-masing. Bimbang tidak dibenarkan mengundi menyebabkan punggung mereka melekat di kerusi. Dan sehingga sesi pembentangan itu tamat, mereka tidak akan ke mana-mana walaupun sebelum ini, muka mereka susah hendak dilihat di dalam Dewan samalah seperti kelibat mereka yang tidak kelihatan di kawasan yang mereka wakili.

1 comment:

  1. Nilai ketamadunan akan hilang apabila akhlak buruk mengawal diri.

    ReplyDelete

Hanya Kerana Takut Dihalau dan Tidak Boleh Mengundi, Akhirnya Kit Siang Tutup Mulut dan Dengar RUU355

Thursday 6 April 2017 ·

1 comments:

Anonymous said...
7 April 2017 at 08:23  

Nilai ketamadunan akan hilang apabila akhlak buruk mengawal diri.

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks