Pemandu Wanita Yang 'Bunuh' Ketua Jabatan Narkotik IPD Baling dan Isteri, Sah Di Bawah Pengaruh Syabu Ketika Kejadian

Wednesday 19 April 2017

Wanita yang memandu kenderaan pikap yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan seorang pegawai kanan polis dan isterinya semalam di Baling, telah ditahan kerana gagal dalam ujian dadah. 

Wanita berusia 37 tahun yang berasal dari Baling itu telah ditahan selepas dia positif dalam ujian methamphetamine, berdasarkan ujian air kencing. 

Ketua Polis Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof mengesahkan penangkapan tersebut dan berkata, ujian saringan awal telah dibuat sebagai sebahagian daripada proses siasatan kemalangan maut. 

Menurutnya, wanita itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling untuk permohonan reman hari ini. 

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Pada jam 7:15 pagi semalam, Ketua Jabatan Narkotik IPD Baling dan isterinya telah terbunuh, manakala empat orang anak mereka mengalami kecederaan dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di satu simpang di Kampung Teluk Teduri. 

ASP Mohd Noor Mat Yaub, 38, dan isterinya Suriya Abdul Rahman, 37, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 

Adalah dipercayai kemalangan tersebut berlaku apabila Mohd Noor yang memandu untuk menghantar isterinya, seorang guru di SK Teluk Teduri dan empat orang anak mereka yang berusia antara 6 sehingga 11 tahun ke sekolah. Anak kelima pasangan tersebut, tidak berada di dalam kenderaan berkenaan.

Mohd Noor yang memandu Perodua Myvi bergerak dari Baing ke Kupang apabila keretanya dilanggar pada bahagian belakang oleh sebuah Toyota Hilux ketika dia memperlahankan kenderaannya untuk membelok ke kanan berhampiran Kampung Teluk Teduri.

Hentaman kuat itu menyebabkan Myvi berkenaan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan sebuah kereta Honda City yang menggunakan laluan tersebut melanggarnya pula. 

Pemandu Honda City yang berusia 32 tahun, turut mengalami kecederaan. 

Jenazah Mohd Noor dan Suriya telah dikebumikan di kampung halaman mereka di Kampung Buluh, Tanah Merah, Kelantan petang semalam. 

0 comments:

Post a Comment

Pemandu Wanita Yang 'Bunuh' Ketua Jabatan Narkotik IPD Baling dan Isteri, Sah Di Bawah Pengaruh Syabu Ketika Kejadian

Wednesday 19 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks