Pengadu yang tinggal di Taman Bukit Permai, Cheras, berusia 24 tahun dan bekerja sebagai pemandu GRABCAR. Dia dikatakan telah bertemu dengan seorang pondan Melayu pada jam 4:00 pagi yang dikenali sebagai Alia di Flat San Peng.
Dalam laporannya, pengadu mengakui telah mengadakan hubungan seks dengan Alia di rumah pondan itu di Flat San Peng. Tanpa disedarinya, Alia telah merakamkan hubungan seks mereka secara rahsia.
Sekitar jam 5:00 pagi, pondan tersebut telah menghubungi pengadu menerusi dua nombor telefon, meminta agar pengadu memberikannya wang RM1000 seandainya tidak mahu video hubungan seks mereka tersebar di khalayak ramai.
Pengadu enggan menuruti arahan Alia. Alia kemudiannya menurunkan jumlah wang tersebut menjadi RM500 tetapi pengadu tetap enggan membayar Alia. Alia kemudiannya bertindak menghubungi ayah pengadu dan menuntut bayaran RM500 daripada ayah si pengadu sekiranya tidak mahu video seks pengadu dan Alia disebarkan. Alia juga mengugut akan membuat kecoh di tempat ayah pengadu bekerja sekiranya tuntutannya tidak dipenuhi.
Setelah menerima laporan, sepasukan anggota polis telah ke tempat kejadian. Pada jam lebih kurang 1:30 tengah hari, 6 April 2017, sepasukan polis dari dari JSJ IPD Ampang Jaya telah menahan pondan itu yang berusia 28 tahun yang beralamat di Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga di bilik sewanya di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.
Siasatan masih lagi dijalankan.
0 comments:
Post a Comment