Sudah Terbukti Penentangan dan Anti Islam Yang Ditunjukkan DAP, PKR dan PAN di Parlimen Semalam

Friday 7 April 2017

Walau apa pun jawapan yang didalihkan atau bantuan daripada Khalid Samad, Rafizi Ramli, Mak Lampir, atau Mujahid Yusof, tertera jelas adalah NIAT JAHAT dan campurtangan DAP dalam hal ehwal umat dan agama Islam di negara ini.

Kalau dahulu, DAP agak tidak berani campurtangan, malah tidak ambil tahu pun seolah-olah mereka menghormati hak dan peruntukan untuk umat Islam di negara ini, terutama sekali selepas 13 Mei 1969 yang boleh menyebabkan DAP pupus dari persada politik negara kalau bukan kerana TOLERANSI BERLEBIHAN yang ditunjukkan oleh Kerajaan UMNO-BN.

Namun selepas 2008, DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang beranggapan, generasi baru umat Islam khususnya orang Melayu di negara ini, sudah tidak mempedulikan sejarah lagi. Sejarah negara dianggap sebagai sesuatu yang melecehkan dan tidak penting walaupun pada masa yang sama, tanpa mereka sedar, DAP dan Lim Kit Siang giat memutarbelitkan sejarah termasuklah teori paling popular mereka, 'MELAYU ADALAH PENDATANG'.

Penghujung 2014, barulah DAP tunjuk lagaknya apabila berasakan mereka sudah sangat kuat dan mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina. Tahaluf Siyasi dengan PAS bermula dari tahun 2008 menyebabkan DAP sudah besar kepala, terutama apabila sebahagian pemimpin PAS sendiri lebih cenderung menyokong DAP berbanding PAS. Nama Allahyarham Nik Abdul Aziz digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk sokongan terhadap DAP sehingga menimbulkan fitnah ke atas Nik Abdul Aziz sendiri.

Hanya selepas Nik Abduh muncul dalam arus politik perdana dan kemudian menyekat penyalahgunaan nama bapanya bahkan menghalang orang yang sering memberikan khabar palsu bagi menerbitkan kata-kata sensasi daripada Nik Abdul Aziz, barulah keadaan aman sedikit. Pun begitu, DAP yang paling meloncat dan mula memusuhi PAS. DAP secara terang-terangan dan angkuh berkata, DAP tidak lagi menyokong hudud, walaupun hudud jugalah yang mereka jaja ke sana ke mari demi mendapatkan sokongan Melayu-Islam untuk DAP.

Apabila RUU355 yang bertujuan untuk memperkukuhkan Akta Mahkamah Syariah dan pindaan hukuman yang memberikan kuasa kepada undang-undang syariah di bawah kuasa negeri-negeri, DAP segera menggambarkannya sebagai hudud. Dan DAP yang sebelum ini, tidak pernah peduli dengan Akta Mahkamah Syariah yang digubal dan diluluskan di Parlimen, menentang sekeras-kerasnya walaupun TIDAK SEORANG PUN ORANG BUKAN ISLAM PERNAH DIHADAPKAN KE MAHKAMAH SYARIAH, BAHKAN MEREKA TIDAK TERTAKLUK LANGSUNG DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DI SETIAP NEGERI DI PERSEKUTUAN MALAYSIA.

Apa yang berlaku di Parlimen semalam, adalah bukti campurtangan dan niat jahat DAP. Itu belum lagi berkuasa penuh. Mereka hanya berkuasa di Selangor dan Pulau Pinang, tetapi mereka tidak segan silu menentang sesuatu yang tidak ada kena-mengena langsung dengan mereka semata-mata untuk menunjukkan betapa biadapnya mereka.

Lim Kit Siang telah membuktikan betapa dia amat memusuhi orang Melayu dan Islam!

1 comment:

  1. Semakin terang lgi bersuluh siapa penentang dan tak suka Islam didaulatkan.

    ReplyDelete

Sudah Terbukti Penentangan dan Anti Islam Yang Ditunjukkan DAP, PKR dan PAN di Parlimen Semalam

Friday 7 April 2017 ·

1 comments:

Anonymous said...
8 April 2017 at 16:27  

Semakin terang lgi bersuluh siapa penentang dan tak suka Islam didaulatkan.

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks