Rafizi Ramli Bakal Disaman Oleh Nasharuddin Mat Isa Kerana Fitnah 'Hearsay'nya!

Friday 14 April 2017

Individu yang cuba difitnah oleh Rafizi Ramli dan sekarang ini sedang diserang oleh para penyokong DAP dengan pelbagai gelaran termasuklah 'BARUA UMNO', Nasharuddin Mat Isa telah mengeluarkan satu kenyataan media menafikan kesemua tuduhan Rafizi Ramli.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu juga turut mengalu-alukan siasatan SPRM ke atas dirinya dan menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membuktikan tuduhan Rafizi Ramli yang terdesak untuk mendapatkan mengalihkan hati ahli-ahli PAS serta mengalihkan perhatian daripada pelbagai masalah yang melanda DAP serta PKR sekarang, adalah salah.

Di samping itu, Nasharuddin Mat Isa turut menyatakan, dia telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Rafizi Ramli berhubung fitnah tersebut.

Para pemimpin PAS sebelum ini menyatakan PAS tidak menerima sesen pun daripada Nasharuddin Mat Isa sebagaimana yang didakwa oleh  Rafizi Ramli. Malahan PAS sendiri tidak tahu menahu tentang aliran wang sepertimana yang didakwa oleh Rafizi Ramli.

Rafizi dalam 'pendedahan besarnya' semalam, menyatakan Nasharuddin telah menerima wang yang berkaitan dengan 1MDB daripada akaun peribadi Najib Abdul Razak bagi memujuk para pemimpin kanan PAS keluar daripada kerjasama dengan PKR dan DAP sekaligus berbaik-baik dengan UMNO. Menurut Rafizi, dia mempunyai bukti yang diperolehinya daripada bekas pegawai kanan SPRM yang telah bersara tetapi mempunyai pengetahuan mendalam tentang aliran wang berkenaan.

Rata-rata bekas pegawai kanan SPRM yang dimaksudkan oleh Rafizi Ramli itu adalah Bahri Mohd Zain, yang memilih bersara awal sejurus selepas skandal wang bernilai RM100 juta terdedah dan didakwa telah menyalahgunakan kuasa serta kedudukannya dalam usaha merampas harta dan aset iparnya yang kini diwarisi oleh isteri iparnya. Persoalan tentang bagaimana Bahri memperolehi wang yang begitu banyak, tidak pernah dijawab sehingga ke hari ini. Bahri juga telah mengunci mulut walaupun sebelum skandal dan laporan polis itu terdedah, dia seringkali muncul di portal-portal berita pro-DAP dengan iltizam yang pelbagai terutama sekali menentang rasuah, kononnya.

0 comments:

Post a Comment

Rafizi Ramli Bakal Disaman Oleh Nasharuddin Mat Isa Kerana Fitnah 'Hearsay'nya!

Friday 14 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks