Patutlah Khalid Samad Macam Orang Gila, Rupa-Rupanya Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuannya Dan Dia Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Parlimen

Tuesday 11 April 2017

Tidak hairanlah mengapa Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, meroyan seperti lotong di dalam Parlimen. Rupa-rupanya dia telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana didenda RM2,900 atau penjara 3 bulan kerana kesalahan mengajar tanpa tauliah di Selangor. 

Rayuannya untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003, telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan semalam. 

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif, secara sebulat suara menolak permohonan tersebut kerana tidak sah selian tidak mempunyai merit. 

"Mahkamah Syariah juga telah memutuskan Khalid bersalah. Jadi, kenapa nak bawa lagi ke Mahkamah Persekutuan?" soal Md Raus. 

Menurut Ketua Hakim, Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa seseorang menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya secara jelas menyatakan bahawa tauliah diperlukan untuk membuat ceramah. 

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa, peruntukan dalam enakmen berkenaan tidak mengikut perlembagaan negara.

November lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Khalid untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman mencabar keperlembagaan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim bersetuju dengan hujah Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bahawa perkara itu sepatutnya dikemukakan terus ke Mahkamah Persekutuan dan ia tidak seharusnya difailkan dengan cara semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi. 

Sebelum itu, Mahkamah Rendah Syariah Kelang memutuskan Khalid disabitkan bersalah dan didenda RM2,900 atau tiga bulan penjara. 

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat, hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan yang membabitkan penjara satu tahun atau denda melebihi RM2,000.

0 comments:

Post a Comment

Patutlah Khalid Samad Macam Orang Gila, Rupa-Rupanya Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuannya Dan Dia Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Parlimen

Tuesday 11 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks