Siapa Yang Lebih Gelabah Bila SPRM Kesan Rumah dan Tanah Adam Rosly Untuk Dibekukan?

Monday 17 April 2017



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan harta seperti rumah dan tanah untuk proses pembekuan susulan kes penahanan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk Adam Rosly berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.

Sumber berkata, pihak suruhanjaya berkenaan juga turut merampas lima kereta mewah yang kini diletakkan di pekarangan Ibu Pejabat SPRM bagi siasatan itu.

“Bagaimanapun, butiran lanjut berhubung perkara ini tidak didedahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Pada Jumaat lalu, Adam Rosly ditahan reman lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.

Beliau yang berusia 28 tahun itu ditahan untuk disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Pada 10 Februari lalu, SPRM sudah merakam keterangannya berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meski pun baru memegang jawatan dalam PKR.

Khamis lalu, beliau ditahan di ibu pejabat SPRM di sini, selepas hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.


0 comments:

Post a Comment

Siapa Yang Lebih Gelabah Bila SPRM Kesan Rumah dan Tanah Adam Rosly Untuk Dibekukan?

Monday 17 April 2017 ·



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan harta seperti rumah dan tanah untuk proses pembekuan susulan kes penahanan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk Adam Rosly berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.

Sumber berkata, pihak suruhanjaya berkenaan juga turut merampas lima kereta mewah yang kini diletakkan di pekarangan Ibu Pejabat SPRM bagi siasatan itu.

“Bagaimanapun, butiran lanjut berhubung perkara ini tidak didedahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Pada Jumaat lalu, Adam Rosly ditahan reman lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.

Beliau yang berusia 28 tahun itu ditahan untuk disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Pada 10 Februari lalu, SPRM sudah merakam keterangannya berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meski pun baru memegang jawatan dalam PKR.

Khamis lalu, beliau ditahan di ibu pejabat SPRM di sini, selepas hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.


0 comments:

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks