ADUN DAP TANJUNG BUNGAH Sokong Usul UMNO, LIM GUAN ENG Kena Letak Jawatan

Tuesday 11 April 2017

ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Chau menyokong cadangan UMNO untuk membawa usul yang mahu Lim Guan Eng meletakkan jawatan kerana perbicaraan kes rasuah dan salahguna kuasa.

ADUN berkenaan berkata, usul menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang itu berundur pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei ini adalah tindakan yang betul.

"Sekurang-kurangnya dia perlu bercuti sehinggalah kesnya selesai. Ketua Menteri telah didakwa atas tuduhan rasuah dan oleh itu beliau perlu berundur agar siasatan dapat berjalan dengan lancar," katanya.

Semalam, Pengerusi UMNO Negeri, Zainal Abidin Osman menyatakan UMNO akan mmbawa usul pada sidang DUN pada 19 Mei ini. Tindakan tersebut adalah susulan cadangan Lim, Setiausaha Agung DAP untuk membawa usul mencela kenyataan Ahli Parlimen UMNO yang didakwa menyatakan boleh berkahwin dengan perogol.

Shabudin Yahya bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, bahkan klip video kenyataannya di Parlimen juga jelas menunjukkan, kenyataannya sengaja diputarbelit oleh DAP dalam usaha menyelamatkan Lim Guan Eng dan mengalihkan isu rasuah serta salahguna kuasa yang dihadapinya.

Usul UMNO yang akan disokong oleh ADUN DAP Tanjung Bungah itu, bagaimanapun diyakini akan ditolak oleh Speaker DUN Pulau Pinang atas 'permintaan' Lim Guan Eng!

0 comments:

Post a Comment

ADUN DAP TANJUNG BUNGAH Sokong Usul UMNO, LIM GUAN ENG Kena Letak Jawatan

Tuesday 11 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks