Nanyang Siang Pau dan Karikatur Hina Presiden PAS Serta Speaker Parlimen Telah Bangkitkan Kemarahan PAS

Tuesday 11 April 2017

Sudah lama selepas Himpunan RUU355 yang menyaksikan ratusan ribu orang membanjiri Padang Merbok yang dianjurkan oleh PAS, tiada lagi demonstrasi besar oleh PAS. DAP dan PKR yang sebelum PAS diterajang keluar dari Pakatan amat aktif menganjurkan demonstrasi, pun sudah tidak berani menganjurkan demonstrasi jalanan lagi selepas jumlah kehadiran amat tidak memberangsangkan.

RUU355 menyaksikan bagaimana kelompok Islam Liberal yang ditaja oleh DAP keluar dari jemaah dan menunjukkan diri mereka yang sebenar. RUU355 juga berjaya mengeluarkan belang para pembenci Islam dan umat Islam di negara ini.

Perbuatan Pengarang akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau menyiarkan karikatur menghina Presiden PAS, Speaker Dewan Rakyat dan RUU355,  jelas membuktikan segala-galanya.

Hari ini, pada jam 10:20 sehingga jam 12:10 tadi, di hadapan pejabat Nanyang Siang Pau yang beralamat di SS 7/4 Petaling Jaya, Dewan Pemuda PAS Selangor telah membuat demonstrasi serta serahan memorandum isu karikatur menghina Presiden PAS dan RUU355.

Lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada ahli-ahli PAS Selangor dan wartawan telah hadir. Antara mereka yang hadir termasuklah Salehin Muhyi ADUN Sabak, Syarhan Humaizi, Ketua Pemuda PAS Selangor, Riduan Rahmat Timbalan Ketua Ulama PAS Selangor dan Zulkifli Hanafi Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor.

Sementara itu memorandum bantahan yang sama telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Johor di pejabat akhbar tersebut di Johor. Rombongan diketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor Ahmad Nawfal Mahfodz bersama Exco Dewan Pemuda PAS Johor. Turut hadir adalah wakil pimpinan PAS Negeri Johor dan ahli-ahli PAS Johor.

Manakala di Kedah, satu laporan polis telah dibuat oleh PAS Kedah terhadap Nanyang Siang Pau oleh Wan Mohd Amirul Asyraf Wan Kamarzaman di IPD Kota Setar. Selain membantah karikatur biadap itu, mereka turut meminta agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap akhbar berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Nanyang Siang Pau dan Karikatur Hina Presiden PAS Serta Speaker Parlimen Telah Bangkitkan Kemarahan PAS

Tuesday 11 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks