Kes FOREX Mahathir, Anwar Dipanggil Bagi Keterangan Kepada Pasukan Petugas Khas

Thursday 20 April 2017

Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dipanggil untuk memberi keterangan kepada Pasukan Petugas Khas siasatan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam aktiviti spekulasi mata wang asing pada tahun 1990-an.

Anwar yang masih menjalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat dibawa ke Kementerian Kewangan di sini pada pukul 2.30 petang untuk memberi keterangan berkenaan dan beredar pada pukul 4.45 petang.

Penasihat PKR itu dikenakan kawalan ketat daripada Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara dengan media tidak mendapat akses terhadapnya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta ahli keluarganya turut kelihatan di perkarangan Kementerian Kewangan namun mereka juga tidak dibenarkan bertemu Anwar.

Pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan itu bertanggungjawab untuk menyiasat kerugian sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion) yang dialami BNM melalui kegiatan perdagangan mata wang sepanjang tahun 1991 hingga 1993.

Perkara tersebut mula didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid yang berkata kerugian dialami BNM adalah lebih besar daripada Laporan Tahunan BNM pada 1994 yang hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM9 bilion.

Abdul Murad antaranya turut menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua bekas Menteri Kewangan, Anwar dan Tun Daim Zainuddin perlu disoal siasat bagi merungkai kerugian tersebut.

Gesaan juga dibuat pelbagai pihak agar Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberikan keterangan berikutan pernah membawa usul berkaitan itu di Dewan Rakyat pada tahun 1993 dan 1994. - UTUSAN ONLINE

0 comments:

Post a Comment

Kes FOREX Mahathir, Anwar Dipanggil Bagi Keterangan Kepada Pasukan Petugas Khas

Thursday 20 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks