Kad Pengenalan Palsu dan Pelbagai Dokumen Diri Palsu: 16 Ditahan Dalam Operasi Terancang JPN

Monday 3 April 2017

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan 16 individu dalam Operasi Terancang JPN yang dijalankan di tiga lokasi sekitar Pasir Gudang dan Masai, Johor antara jam 12.30 tengah malam hingga 6.30 pagi tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Yazid Ramli berkata, individu yang ditahan membabitkan 11 lelaki dan lima wanita berusia antara 18 hingga 58 tahun yang pada mulanya mendakwa berasal dari Sabah.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut mendapati mereka berasal dari selatan Filipina berdasarkan penggunaan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain.

"Siasatan juga mendapati mereka memperoleh kad pengenalan itu melalui sindiket dengan harga RM300 hingga RM3,000 setiap satu.

"Mereka mengaku menggunakan kad pengenalan itu dalam tempoh antara dua minggu hingga setahun dan dipercayai masuk ke Malaysia melalui Sandakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yazid berkata, JPN juga merampas pelbagai dokumen yang menggunakan nombor pengenalan diri palsu seperti kad pekerja, kad CIDB dan pas kerja bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Johor Port, Panasonic serta beberapa kilang lain.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 25(1)(e) & (o), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana menggunakan kad pengenalan palsu dan milik orang lain sebagai pengenalan diri dan menyimpan kad pengenalan bukan milik sendiri.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali,"katanya.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Kad Pengenalan Palsu dan Pelbagai Dokumen Diri Palsu: 16 Ditahan Dalam Operasi Terancang JPN

Monday 3 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks